Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2017

Domino's Pizza Raikan Ramadan Penuh Bermakna

Gambar
Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam berpuasa, memperbanyakkan ibadah dan juga amal jariah. Bulan mulia ini sentiasa disambut dengan pelbagai cara yang istimewa. Menyemai azam untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat setempat sempena bulan yang mulia ini, Domino’s Pizza mengambil berkat untuk melancarkan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.   Dalam satu majlis Berbuka Puasa yang diadakan, Domino’s Pizza telah mengumumkan usaha sama unik bersama warga media. Sebanyak 20 rumah amal yang dipilih oleh rakan media akan menerima sajian lazat daripada Domino’s Pizza sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Antaranya termasuk rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim di Lembah Klang dan juga di Pantai Timur. Dengan matlamat utama untuk berkongsi keceriaan dan memupuk silaturrahim sepanjang tempoh perayaan, Domino’s Pizza dan pekerja-pekerjanya akan melakukan sesuatu yang memang menjadi kepakarannya, iaitu menghidangkan piza yang panas dan lazat ke