Postingan

Menampilkan postingan dengan label food review

Tempat Makan Halal Kena Cuba di Ho Chi Minh, Vietnam

Gambar
Bulan Februari lepas aku berpeluang bercuti di ho Chi Minh . Nice jugak percutian di sana. Banyak tempat menarik & bersejarah korang boleh lawati. Buat kaki shopping especially yang suka shopping tudung, telekung, etc dekat sini memang heaven sangat. Semuanya murah. Harini taknak cerita pasal shopping tapi pasal tempat makan halal yang korang boleh cuba di Ho Chi Minh, Vietnam. Kesemua tempat makan di bawah terdapat di Nguyen An Nihn street aka Malaysian street. Restoran Hjh. Basiroh Restoran Hjh. Basiroh merupakan Restoran Halal yang terkenal di sana and merupakan antara restoran halal terawal yang bertapak di Ho Chi Minh. Aku google pun ramai yang suggest supaya makan di Restoran Basiroh nie. Aku yang firstime datang ke sana of course teringin sangat mencuba restoran ini. Restoran famous kot takkan taknak cuba kan. Antara menu yang kami makan di Hjh. Basiroh ialah nasi lemak ayam and bihun tomyam. As for me yang kaki makan nie, menu di sana sangat tidak menepati selera aku. But t...

Steamboat Murah di Cyberjaya-Steamboat Empire

Gambar
Dah lama tak update pasal makan-makan kan? Actually banyak je tempat makan best yang aku terjah but since sekarang masing-masing ber-ig je, aku pun turut sama post kat ig jela. Jangan lupa follow @hafiz_hafizol okay. Sempat lagi promote hehe. Haritu teringin nak makan steamboat yang murah & sedap area Cyberjaya. Then try la search dekat Google, terjumpa Steamboat Empire nie. Kebanyakan review cakap dekat sana steamboat murah & sedap. Harga sekitar Rm26.00/head. Gila tak murah lagi ke macam tu harganya. Lokasi Steamboat Empire di Gem In Mall, Cyberjaya. Dekat sajelah dari Putrajaya around 5km sahaja. So jomlah kita terjah! Nampaknya dah naik harga ye menjadi RM 32.90. Cepat betul harga naik nie. Rasanya review yang aku baca di Google tu baru tahun lepas je pun. Alang-alang dah sampai depan kedai jomlah kita masuk kedalam terus.=D Masa kitorang sampai customer tak ramai pun. Takdelah berebut nak ambil makanan kan. Nak snap gambar pun tak malu-malu. =.= Di Steamboat Empire ada sa...

Dinner Seafood & King Crab di Manhattan Fish Market, Cyberjaya

Gambar
Lama dah takde entry pasal makan-makan. Bukan dah tak suka makan, bahkan sekarang ramai betul orang duk tegur makin berisi. Allahu. Dah kena start exercise nie. Semakin hari perut semakin kedepan hmm. Mana taknya tengah-tengah malam pun melantak lagi (haha). So, harini nak cerita pasal makanan la pulak. \0/   Weekend lepas aku bawak mak, ayah, akak and anak2 buah dinner di The Manhattan Fish Market, Cyberjaya. Kebetulan mak ayah datang sini dari kampung sebab ada kenduri. Korang kalau tekak rasa nak makan makanan berasaskan seafood especially ikan, aku recommend sila ke The Manhattan Fish Market berdekatan ye. Gerenti korang seafood lovers suka punya. =D   Meh nak belanja gambar-gambar makanan yang kitorang makan dekat korang. Sila terliur ye. Aku pun dah terliur balik bila tengok gambar-gambar nie. Lagi-lagi gambar King Crab n Salmon Belly tu. T_T   King Crab n Salmon Belly Platter   Sekarang ada promotion King Crab n Salmon Belly Platter tau. Make sure k...

Tempat Makan Ala Shell Out di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu

Gambar
Assalamualaikum,  Baru-baru ini berkesempatan menjamu selera di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu . Kedai makan yang konsepnya ala-ala shell out yang makan lambak-lambak je atas meja tu. So, warga Kuala Terengganu yang nak bershell out tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Bangi dah okey. Awok-awok mai je serang Estadio Coffee Bistro nie. \0/      Basically, terdapat 4 pakej Shell Out yang boleh anda pilih dengan harga serendah RM55.00. Kitorang ambil pakej 1 iaitu untuk 2 orang and tambah 1 nasi sebab kami datang bertiga. But seriously memang kenyang gila. Tebeng jugak makan sampai se'eh perut hehe.    Ada 4 jenis seafood yang disediakan untuk setiap pakej iaitu ketam masak blackpapper, udang masak serai, sotong masak merah & lala/kupang masak butter milk. Paling best dia punya seafood segar betul. \0/   Meh nak zoom in sikit gambar seafood ala shell out dekat Estadio Coffee Bistro. Biar korang terliur nak pergi makan dekat sana hehe. =P ...