Aktiviti Cuti CNY di Kuala Terengganu
Ini cerita masa cuti Chinese New Year bulan lepas tapi baru sekarang nak post \0/. 5 hari di kampung rasa sekejap je. Sempatlah join beberapa aktiviti & program dengan family & kawan-kawan tersayang kat kampung nung. Meh kita sama-sama throwback apa aktiviti yang kami lakukan sepanjang 5 hari di kampung aku dekat Kuala Terengganu sana. =D Majlis Kahwin Di Dungun Check in je dekat rumah di kampung, solat & alas perut sikit, terus drive ke Dungun. Nak pergi kenduri kahwin adik kepada abang ipar. Penat drive dari Putrajaya-Kuala Terengganu tak hilang lagi tu. Fuh. Dah settle makan semua, apa lagi jomlah kita masuk dalam rumah pengantin and bergambar di pelamin sambil berangan tidak lama lagi kita pula yang akan bersanding dipelaminan ekeke. By the way, selamat pengantin baru Salwa & Tajol. Semoga sentiasa bahagia hingga ke jannatul firdausi. Ameen. Maaflah takde pulak gambar pengantin ye.=P Sempat la mel...