Percutian Ke Penang Day 1-Escape Adventure Penang
Assalamualaikum, Baru-baru ini aku and beberapa orang geng telah bercuti ke Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Naik bas dari Putrajaya pukul 10.45 malam, around pukul 3.30 pagi dah sampai Stesen Bas Sungai Nibong. Awal sangat sampai ni dah kenapa terpaksa aku tido dekat sana sementara tunggu Ferra and Saf yang gerak dari Kuala Ganu. Around 6.00 pagi jugak diorang sampai kot. Tunggu pulak Kiroh datang ambil. Thank you Kiroh yang sponsor pengangkutan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Penang. Mandi sesiap dekat surau tepi jalan. Salin baju semua then dalam pukul 11.00 pagi jugak kot kitorang pun bergerak ke Escape Adventure, Teluk Bahang, Penang. Dalam pukul 12.00 tengahari baru sampai Escape. Fuh, tengahari buta panas litlit. Kita ber’escape adventure tengah panas la gamaknye. Thank you Saf yang dah belikan tiket online siap-siap. Around RM66.00/person jugak book dalam 2 minggu sebelum. Kalau book lagi awal, lagi murah harganya. Contoh kau nak pergi sana bulan Julai aft...