Tempat Makan Ala Shell Out di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu
Assalamualaikum, Baru-baru ini berkesempatan menjamu selera di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu . Kedai makan yang konsepnya ala-ala shell out yang makan lambak-lambak je atas meja tu. So, warga Kuala Terengganu yang nak bershell out tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Bangi dah okey. Awok-awok mai je serang Estadio Coffee Bistro nie. \0/ Basically, terdapat 4 pakej Shell Out yang boleh anda pilih dengan harga serendah RM55.00. Kitorang ambil pakej 1 iaitu untuk 2 orang and tambah 1 nasi sebab kami datang bertiga. But seriously memang kenyang gila. Tebeng jugak makan sampai se'eh perut hehe. Ada 4 jenis seafood yang disediakan untuk setiap pakej iaitu ketam masak blackpapper, udang masak serai, sotong masak merah & lala/kupang masak butter milk. Paling best dia punya seafood segar betul. \0/ Meh nak zoom in sikit gambar seafood ala shell out dekat Estadio Coffee Bistro. Biar korang terliur nak pergi makan dekat sana hehe. =P ...