Postingan

Menampilkan postingan dengan label tempat makan best k terengganu

Chicken Chop Semurah RM3.80 di Restoran Nur Qaseh, Kuala Terengganu

Gambar
Baru-baru ini sempat terjah chicken chop semurah RM3.80 di Restoran Nur Qaseh, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Tahu akan kewujudan tempat makan yang best ini pun dari member kampung. Mana nak cari chicken chop semurah RM3.80 ini awak oii. Ya ampun murah yang amat nie. Biasa makan chicken chop harga around RM10.00. So, alang-alang ada di kampung, marilah kita terjah ramai-ramai Restoran Nur Qaseh untuk merasai sendiri chicken chop semurah RM3.80 itu. Kitorang pergi after Maghrib, mujur ada 1 meja kosong. Alhamdulillah ada rezeki nak cuba chicken chop RM3.80. =D Chicken Chop Kau jangan expect dengan harga chicken chop RM3.80, perut kau yang besar tu boleh kenyang terus okey. Maybe kena order double chicken chop baru kenyang perut suka hati. Personally, aku suka chicken chop dia. Memang sedap. Abang Apijol bagi 5 bintang bergemerlapan untuk chicken chop Rm3.80 ini. =D Lamb Chop Selain Chicken Chop RM3.80, Restoran Nur Qaseh Chicken Chop juga ada menyediakan pelbagai makanan western lain...