Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2017

Dari Buncit Kepada Sixpack-6 Cara Ringkas Untuk Hilangkan Perut Buncit

Gambar
Biasa tak dengar orang kata buncit atau boroi itu tanda bahagia? Karut. Buncit tu sebenarnya satu musibah. Alasan tu sebenarnya semata mata nak mengelak dari hakikat sebenar. Tapi kadang kita tak perasan pun apa yang menyebabkan perut menjadi buncit. Sedar-sedar, dah tak nampak dah kaki sendiri bila pandang ke bawah. Kebanyakan buncit ni berlaku pada lelaki, tapi ada juga yang berlaku pada perempuan. Kali ni aku nak kongsikan 6 cara ringkas yang dapat membantu kita untuk menghilangkan perut buncit . Ini bukan aku sorang yang kata, tapi berdasarkan fakta sains tubuh badan juga.   Kurangkan Gula   Gula yang kita selalu makan terdiri daripada pelbagai jenis komponen seperti glukosa, fruktosa dan lain-lain. Glukosa adalah sumber tenaga pantas. Manakala fruktosa perlu di proses di hati sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Apa yang berlaku apabila fruktosa berlebihan adalah ianya bukan ditukarkan untuk digunakan sebagai tenaga, tetapi akan ditukar menjadi lemak terutamanya di bahagian

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah

Gambar
Nak throwback sikit mengenai pengalaman percutian 3 hari 2 malam kitorang di Pulau Tioman pada awal bulan March yang lepas. Actually, percutian ke Pulau Tioman ini tak berapa nak mendapat sambutan sangat sebab diorang takut dekat sana hujan and laut bergelora. Alang-alang dah book pakej ke Pulau Tioman maka redah jelah hehe. Menaiki Bas ke Bandar Mersing Memandangkan semua setuju nak naik bas, maka kami pun naiklah bas dari Bandar Tasik Selatan ke Mersing. Tiket bas sorang RM66 sahaja pergi-balik. Lebih kurang 5 jam perjalanan maka sampailah kami ke Bandar Mersing. Sampai awal pagi. Singgah dulu surau berdekatan. Boleh la solat & rest dulu sebelum bergerak ke Jeti Mersing. Surau lebih kurang 500 meter dari stesen bas. Kecil je suraunya. Surau yg bumbung merah tu Bila hari dah siang, kami pun bergerak la ke Jeti Mersing. Around 1km jugak kot dari surau. Sebelum ke jeti, singgah breakfast dekat mamak dulu. Buat alas perut. Bandar Mersing Kami ke Jeti Mersing berpandukan signboard

imotorbike : Website Menjual Motosikal di Malaysia

Gambar
Motosikal merupakan kenderaan yang sangat membantu urusan seharian aku buat masa sekarang. Dengan motosikal tu la aku ulang alik pergi kerja. Walaupun motosikal Suzuki biru tu dah lama and condition pun tak berapa nak okey sangat, but seriously aku sangat berhutang budi dengannya. Special thanks tu arwah abang ipar yang tinggalkan motosikal tu untuk kegunaan aku. Dekat office, ramai je yang mai kerja dengan motosikal. Yang duduk jauh pun ramai merempit pergi kerja. Antara alasan diorang, Untuk mengelakkan traffik jam. Jimat minyak. Mengelakkan tol. But yang tak bestnya, bila hujan. Agak berisiko sikit nak meredah ujan dengan jalan yang licin & of course jalan pun jadi sesak kan. Make sure sediakan baju hujan siap-siap bagi penunggang motosikal. Korang ada tak yang nak beli motosikal or barangan-barangan motosikal? Aku ada termasuk ke dalam 1 website nie nama dia imotorbike yang merupakan perintis kepada laman web motosikal online. iMotorbike yang membawa tagline news, trade &

Percutian Di Ho Chi Minh, Vietnam (Part 1)

Gambar
Nak throwback sikit percutian kitorang di Ho Chi Minh, Vietnam bulan Februari lepas. Alhamdulillah percutian ke Vietnam berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kejadian yang tak diingini berlaku. One of partner trip kitorang tak dapat join last minute sebab demam denggi. Takpelah nak buat macam mana kan. Allah sebaik-baik perancang. Panjang umur, ada rezeki kita travel sama-sama lagi ye Kak Nab. Sorang tarik diri, tinggal la kami 4 sekawan travel ke Vietnam. Thanks guys for making this trip happened. =D     Pengalaman Naik Vietnam Airlines   Kitorang ke Ho Chi Minh dengan Vietnam Airlines. Tiket flight beli dekat Traveloka . Harga tiket takdelah murah sangat. Still reasonable la. RM300++ return. Flight pukul 8.50pm, 8hb Februari. Ko bayangkanlah betapa rushingnya masing-masing. Pukul 5.30pm baru nak keluar office. Pastu balik rumah bersiap ala kadar. Then terus ke Putrajaya Sentral tunggu transit ke KLIA. Sampai KLIA, terus check in and makan dulu.   Disebabkan flight malam