Tempat Menarik di Kuala Terengganu WAJIB Dilawati
Sempena Tahun Melawat Terengganu 2016, aku akan senaraikan tempat menarik di Kuala Terengganu yang wajib korang lawati jika korang datang bercuti ke Kuala Terengganu. Aku nie anak kelahiran Terengganu, tapi baru sekarang gatal tangan nak update mengenai tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu kan hehe. Banyak sebenarnya tempat best dekat hometown aku. Seriously. Rasa bertuah sangat dilahirkan di Kuala Terengganu. Terima kasih mak terima kasih ayah. eh tetibe =p 1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong) Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kampung Losong. Aku dah berkali-kali datang sini. Member dari jauh datang KT, memang aku bawak datang sini haha. Jangan tak tahu ye Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. Paling suka datang sini bukan nak menyelongkar artifak bersejarah, tapi suka bergambar di kawasan muzium. Aku dah masuk dalam muzium tu sejak kecil. Dah bosan kot hehe. =p Banyak...