Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2015

Lantern Hotel-Hotel Bajet di Petaling Street,Kuala Lumpur

Gambar
Baru-baru ini berpeluang menginap di Lantern Hotel, Petaling Street, Kuala Lumpur. Betul-betul di Chinatown Petaling Street. Nak ke Bukit Bintang, Berjaya Times Square pun agak dekat dari hotel. Kitorang night walking je kot dari hotel ke Bukit Bintang. Dekat juga dengan LRT Plaza Rakyat.         Ini laluan ke bilik kitorang. Agak unik diorang pasang lampu macamtu sepanjang laluan ke bilik.         Aku stay di bilik twin room with window. Bukak pintu bilik terus nampak katil haa. Pintu bilik boleh selisih dengan bucu katil LOL. Kira agak sempit jugak lah untuk korang yang suka bilik seluas alam jangan ambil bilik jenis ini okey. =D           Nak ambil gambar full untuk 1 bilik pun aku tak reti sebab bilik agak sempit. Aku dah menyandar di dinding, gambar diatas ni jela yang aku mampu snap. Tapi condition bilik, aircond, TV LCD, bilik air ada air panas semua okey. Cuma bilik air tu terdedah sangat pintunya bercermin tebal macam tu and takde lock. Ma

Senarai Lagu Ost Kau Aku Kita Lestary TV3

Gambar
  Best pulak duk layan Drama Kau Aku Kita di slot Lestary TV3 tu. Korang diluar sana pun mesti ramai yang duk layan drama ini kan. Pasal itu la drama nie selalu trending kan. Dengan aku sekali terlayan drama ini kot. Jom kita layan senarai lagu Ost Drama Kau Aku Kita di Slot Lestary TV3.           1. Bahrain – Kau Bagai udara         Penyanyi : Bahrain Lagu : Kau Bagai udara Lagu/Lirik : Neves Pretty Ugly OST : Kau Aku Kita     Jantung berdegup laju Menangkis semua jawapan Jika betul kau jemu Terus teranglah dan berdepan Susah untuk terima Keputusan dari bicara Cuma satu ku pinta Cubalah fikirkan semula   (korus) Kau bagai udara bagiku Dirimu ku perlu di dada Sentiasa untuk bernafas Pudar kiranya kau jauh di mata Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta   Semua kesalahan tak berertinya sedemikian Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah Ini baru sekali kesilapanku sebegini Aku layak terima

Restoran Arab Best di Cyberjaya

Gambar
Harini nak post pasal restoran Arab yang best di Cyberjaya. Mula berjinak dengan restoran Arab pun sejak tahun lepas kot. Masa kerja di Cyberjaya. Itupun sebab ada orang ajak. Kalau tak memang aku tak teringin pun nak cuba makan di restoran Arab. Orang cakap makanan di Restoran Arab mahal. Noob sangat kan. Padahal sedap kemain makanan di restoran Arab ini. Bukan setakat sedap, portion pulak memang besar. That’s why la harga pun agak mahal kot.  Order 1 menu, boleh makan 2 orang. Itupun kalau perut ko sebesar perut aku la hehe. Sebenarnya memang banyak restoran Arab yang korang boleh cuba di Cyberjaya. Lagi-lagi area Neo Cyber. Banyak betul Restoran Arab yang terdapat di situ. Korang yang gemar makanan Arab, aku suggest cuba datang di Neo Cyber, Cyberjaya. Banyak pilihan Restoran Arab. Memang pening kepala nak pilih restoran Arab mana haa. Antara restoran Arab yang aku telah cuba di sana ialah Restoran Sana’a dan Al Rayan. Kalau nak makan makanan Arab, memang akan pergi dua restoran ini

11.11 SALE: Diskaun Sehingga 80% Pelbagai Barangan di Shopee

Gambar
Anda semua mesti banyak barangan terpakai yang sudah tidak digunakan bukan? Macam aku sendiri pun banyak baju & kasut still elok yang dah jarang pakai. Daripada dibiarkan berhabuk, why not korang jual barang-barang terpakai tersebut di Shopee Malaysia .         Shopee merupakan pasaran mudah alih yang direka khas untuk para peniaga dan pembeli untuk menjalankan aktiviti mereka dengan cepat, mudah dan transaksi yang selamat. Dengan fungsi aplikasi dalaman sahaja, anda semua boleh membuat side income. Sangat seronok kan? Kemudian di Shopee juga para penjual hanya akan menghantar barangan hanya setelah pembeli membuat bayaran dan bayaran pembeli juga ditransfer kepada penjual hanya apabila pembeli menerima produk mereka. Nampak tak betapa secure dan simple betul Shopee ini tau!     Jual Produk anda Dengan Mudah & Cepat   Anda boleh start menjual dengan hanya kurang daripada 30 saat. Sangat menjimatkan masa okey.         Snap gambar produk, ce

VFest.my 2015 & Tips Untuk Vendors

Gambar
Pada 18, 19 & 20 September yang lalu, aku berpeluang menjadi crew Vfest.my. Vfest.my merupakan satu karnival usahawan online & offline besar-besaran yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Terengganu (hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah). Kebetulan pada waktu berkenaan aku ada di kampung dan tiada kerja. So, why not cari duit poket dengan join crew Vfest.my ini kan. Jadi crew di sana 5 hari je pun. Dari pagi sampai malam. Tapi dia punya penat boleh tahan jugak (maybe sebab faktor usia luls).           Dua hari sebelum bermulanya Vfest.my, kitorang ditugaskan untuk ukur tapak vendors 10x10 dan loading barang. Ada almost 200 vendors jugak berkampung di sana. Loading barang memang sangat memenatkan. Kitorang tolong vendors hantar barang diorang dekat tapak masing-masing menggunakan troli yang disediakan.     Around pukul 10 malam baru settle semua itupun ada lagi vendors yang belum loading barang sepenuhnya. Sepanjang 3 hari berlangsungnya VFest.my, macam bia