Postingan

Menampilkan postingan dengan label CatchThatBus

Rancang Perjalanan Anda Menggunakan CatchThatBus

Gambar
Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat pernah menggunakan perkhidmatan bas. Dekat universiti haritu, aku dan rakan-rakan terpaksa pergi ke terminal bas untuk mendapatkan tiket balik kampung. Malah adakalanya kami meminta pertolongan rakan sekelas yang memandu kereta/motor untuk menumpangkan kami atau memesan kepada rakan yang kebetulan pergi ke kaunter tiket bas untuk membelikan tiket kami. Almaklumlah, zaman belajar mana ada banyak duit kan?   Namun kini walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji sendiri, aku masih memilih untuk menggunakan bas sekiranya ingin pulang ke kampung. Bukan sahaja ia tidak memenatkan, malah dapat menjimatkan lebih kurang separuh daripada kos keseluruhan perjalanan iaitu perbelanjaan tol dan petrol bila memandu kenderaan sendiri. Tak gitu?   Kebiasaannya aku akan ke terminal bas selepas waktu kerja untuk membeli tiket bas awal. Jika terlampau sibuk atau kepenatan, aku hanya mencuba nasib ke terminal bas and beli tiket last minute dan mendapatkan m...