JALAN-JALAN TEMPAT MENARIK DI PERAK

Baru-baru ini sempat jalan-jalan ke tempat menarik di Perak. Memang banyak tempat menarik di Perak. Pergi Perak pun bukan lama, so dapatlah singgah di beberapa tempat menarik di Perak. Juga sempat terjah beberapa tempat makan yang best di Perak. Cerita pasal tempat makan di lain entry la ye. Kali ini nak cerita pasal tempat menarik yang sempat aku lawati di Perak.

 

 

1. Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

 

 

tempat menarik perak

 

 

Buat pencinta alam, yang suka bergambar, korang amat digalakkan datang ke Taman Rekreasi Gunung Lang ini. Di Taman Rekreasi Gunung Lang terdapat air terjun & tasik buatan yang sangat cantik dan penuh dengan ikan besar-besar. Walaupun pada hari kejadian keadaan jerebu memang agak teruk di Ipoh,  tapi boleh tahan ramai pengunjung di Taman rekreasi Gunung Lang. Kami juga berpeluang ke pulau kecil yang terdapat di Taman Rekreasi Gunung Lang. Nak ke pulau tersebut, boleh menaiki bot dan tambang sekitar RM5.00 kalau tak silap.

 

 

tempat menarik perak_1

 

 

Pulau tersebut agak terbiar sikit & tidak terjaga. Tapi pengunjung masih boleh ke pulau tersebut untuk bersiar-siar. Ada playground untuk anak-anak anda. Ada kandang rusa and burung ostrich juga di sana. Boleh la bagi diorang makan rumput & pucuk tumbuh-tumbuhan di sana. Di tasik buatan tersebut juga banyak gila ikan. Boleh beli makanan ikan di jeti kemudian bagi makan ikan dalam air. Seronok la tengok banyak ikan besar-besar datang makan makanan yang kau lempar tu. Sorry ye guys tak snap banyak gambar di sana. Cuaca agak mendung & kelam akibat jerebu membuatkan takde mood sangat nak snap gambar LOL. T_T

 

 

2. Kellie’s Castle, Batu Gajah

 

 

Mereka yang gemarkan tempat bersejarah, Kellie’s Castle ini memang korang wajib terjah. Bayaran sekitar RM5.00 dikenakan terhadat pengunjung Kellie’s Castle. Bila dah buat pembayaran & dapat tiket, korang bolehlah masuk ke dalam bangunan lama Kellie’s Castle dan kawasan sekitar untuk menyelongkar kehebatan senibina Kellie’s Castle & peninggalan bersejarah di sana. Aku pun dah lupa masa Tingkatan berapa aku belajar mengenai Kellie’s Castle huhu. Kita tak minat Sejarah awak oiii. T_T

 

 

tempat menarik perak Kellie’s castle diselubungi Jerebu

 

 

Semasa kitorang melawat Kellie’s castle, ada beberapa pasangan pengantin  yang tengah outdoor photoshoot. Memang tak dinafikan Kellie’s Castle memang cantik tak hairan la sering menjadi tempat para fotografi mengambil gambar. Make sure bateri phone penuh tau bila datang ke Kellie’s castle. Nanti boleh bergambar dekat sana puas-puas. Korang boleh menyelongkar sampai ke rooftop Kellie’s Castle. Utamakan keselamatan okey!

 

 

 

tempat menarik perak

Rooftop Kellie’s Castle

 

 

3. Air Terjun Lubuk Timah, Simpang Pulai

 

 

Kalau nak mandi manda & picnic dengan family atau kawan-kawan, korang boleh ke Air terjun Lubuk Timah di Simpang Pulai. Ini bukan air terjun semulajadi tapi air terjun buatan sahaja. But still boleh enjoy mandi-manda di sini. Lagi-lagi aku dah lama sangat tak merasa mandi di air terjun ini. Tak kisah la buatan pun! Jenis tak boleh nampak air kahkah. Terasa badan fresh terus bila mandi air terjun Lubuk Timah ini.

 

 

 

tempat menarik perak

 

 

 

tempat menarik perak

 

 

Selain mandi-mandi di air terjun, disana juga terdapat hot spring. Ramai juga pengunjung yang beremdan di hot spring. Tapi aku most prefer mandi di air terjun. Lagi fresh katanya haha.

 

 

4. Menara Condong, Teluk Intan

 

 

Menara Condong yang terletak di Teluk Intan ini terkenal dengan keunikan seni binaannya. Tiada bayaran untuk masuk ke dalam Menara Condong. Korang bebas bergambar di dalam dan luar Menara Condong. Tiada siapa nak marah. kebanyakan pengunjung datang sini pun untuk bergambar di hadapan Menara Condong dan menyelongkar segenap penjuru Menara Condong sambil bergambar.

 

 

 

tempat menarik perak

 

 

5. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

 

Jika berkunjung ke Perak, jangan lupa untuk singgah solat di Masjid Ubudiah serta melihat sendiri keunikan Masjid Ubudiah ini. Sangat cantik seni binaannya. Ramai pengunjung yang datang bergambar di sekitar masjid Ubudiah.

 

 

 

tempat menarik perak

 

 

Mungkin selepas ini kalau berpeluang lagi ke Perak, nak berkungjung ke Gua Tempurung, Pulau Pangkor atau Lost Word of Tambun pula.
insya Allah. =D

 

 

Details,

 

Senarai Tempat Pelancongan Menarik di Perak

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah