Lantern Hotel-Hotel Bajet di Petaling Street,Kuala Lumpur
Baru-baru ini berpeluang menginap di Lantern Hotel, Petaling Street, Kuala Lumpur. Betul-betul di Chinatown Petaling Street. Nak ke Bukit Bintang, Berjaya Times Square pun agak dekat dari hotel. Kitorang night walking je kot dari hotel ke Bukit Bintang. Dekat juga dengan LRT Plaza Rakyat.
Ini laluan ke bilik kitorang. Agak unik diorang pasang lampu macamtu sepanjang laluan ke bilik.
Aku stay di bilik twin room with window. Bukak pintu bilik terus nampak katil haa. Pintu bilik boleh selisih dengan bucu katil LOL. Kira agak sempit jugak lah untuk korang yang suka bilik seluas alam jangan ambil bilik jenis ini okey. =D
Nak ambil gambar full untuk 1 bilik pun aku tak reti sebab bilik agak sempit. Aku dah menyandar di dinding, gambar diatas ni jela yang aku mampu snap. Tapi condition bilik, aircond, TV LCD, bilik air ada air panas semua okey. Cuma bilik air tu terdedah sangat pintunya bercermin tebal macam tu and takde lock. Malu kita nak mandi bogel kahkah. Bilik ini takde almari tapi ada penyangkut baju bertingkat yang dibuat daripada buluh (aku lupa nak snap gambar –.-)
Antara bilik yang terdapat di Lantern Hotel
- Queen Room Without Window
- Queen Room With Window
- Twin Room With Window
- Queen Room With Balcony
- Queen Room With Verandah
- Triple Room With Balcony
- Female Dorm
- Male Dorm
*Rate Harga dari RM90.00 sehingga RM150.00 SAHAJA. Boleh ke website booking.com atau agoda.com kemudian buatlah perbandingan harga untuk tawaran harga yang PALING BERBALOI okey. I most prefer booking.com lagi rather than agoda.com hehe =P
Lantern Hotel juga menyediakan café yang sangat selesa untuk breakfast. Ada free breakfast tau. Rugi kalau tak turun breakfast. Sambil breakfast, boleh melihat suasana di Petaling Street. Sangat sesak dengan peniaga & pembeli.
Antara Kelebihan Lantern Hotel
- Semua bilik dilengkapi aircond
- Access card untuk mengunci pintu
- Intercom
- Free Towel
- High Quality Mattressess
- Own Private Bathroom (Kecuali dorm)
- Terdapat bilik yang mempunyai 32’ LCD with Cable Satelite
- Free Breakfast
“Lantern Hotel has rooms for every budget and taste, so just pick the one that suits you best!”
Details,
Komentar
Posting Komentar