DASHING-Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki Aktif
Jejaka diluar sana pasti tidak asing dengan produk penjagaan diri dari Dashing kan? Aku sendiri sejak zaman sekolah memang pengguna produk Dashing. Paling suka bedak talkum dari Dashing. Pergi sekolah memang sapu bedak talkum. Badan rasa segar je sampai balik sekolah. \0/
Berita baik untuk korang, Dashing telah bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Manchester City dan memperkenalkan pencuci muka khas untuk lelaki yang aktif diluar sana. Tak rasa excited ke nak mencuba pencuci muka dari Dashing? Ada 5 produk pencuci muka dari Dashing.
ICY FRESH
Mengandungi Ice Glacier Water untuk menyegarkan dan penghidratan kulit. Membuatkan kulit segar dan sensasi penyejukan kulit yang tahan lama. Mengatasi masalah kekeringan kulit wajah.
OIL CLEAR
Dirumuskan dengan ramuan rahsia Bamboo Charcoal yang berkesan menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah menjadikan kulit wajah bebas minyak.
EXTRA WHITE
Diformulasikan dari Swiss Alpine Plants, Dashing EXTRA WHITE memberikan anda kulit yang lebih cerah dan tona kulit yang sekata serta mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh UV.
ACNE FREE
Diformulasikan dengan Zinc & Clay untuk melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di kulit wajah. Kulit bertambah licin & sihat serta bebas dari Jerawat.
WHITENING SCRUB
Ingin mendapatkan kulit yang flawless? Boleh cuba Dashing WHITENING SCRUB. Diformulasikan dari Sea Salt yang membersihkan as well as exfoliates kulit wajah anda yang bermasalah. Mencegah masalah liang roma, membuang kekotoran dan bintik –bintik hitam (blackheads) pada kulit wajah anda.
Aku sendiri pun dah confius nak cuba produk mana. Kulit wajah aku boleh tahan juga bermasalah. Jerawat, kulit berminyak, blackheads, menggelupas semua ada. Kang kita pakai kelima-lima produk kang haa T_T
Kesemua Pembersih Muka Dashing yang disenaraikan boleh didapati dengan harga RM6.90 untuk 50 g dan RM10.90 untuk 100 g.
Dah beli pencuci muka Dashing, jangan lupa menyertai contest menarik yang dianjurkan okey. 11 Pemenang bertuah bakal memenangi 6 hari 5 malam fully paid trip ke Manchester, UK. Trip ini juga termasuk latihan 3 hari di City Football Academy, lawatan ke Stadium Etihad dan tiket VIP menonton perlawanan Manchester City FC dan Machester United pada 19th March 2016. Best gila kan?! Kaki bola wajib join nie.
Apa yang korang perlu lakukan untuk menyertai contest ini dengan hanyalah membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan menghantar SMS mudah seperti yang dinyatakan pada botol produk. Contest berakhir 31 Disember 2015. Jangan lupa join tau. =D
Komentar
Posting Komentar