Layan Ikan Bakar & Karaoke Santai di Restoran Tasik Idaman

Kalau korang nak merasai pengalaman dinner ikan bakar sambil layan karaoke ditepi tasik, bolehlah ke Restoran Tasik Idaman, Dengkil. Dah beberapa kali jugak datang ke Restoran Tasik Idaman dan pernah juga mencabar vokal sendiri karaoke di sana kahkah. Malu kita karaoke ditempat terbuka ini. Biasa karaoke indoor je. Nasib suara tak berapa nak sumbang sangat cuma tempo je lari sikit. \0/

ikan bakar restoran tasik idaman

Di Restoran Tasik Idaman, korang boleh pilih samada nak menjamu selera di port atas air (tempat makan atas tasik) atau di atas darat (depan pentas karaoke). Aku dah makan diatas air dan di atas darat. Paling feel bila makan atas air. Cuma nanti akan rasa bergoyang-goyang sikit la. Kalau nak layan karaoke, boleh la pilih meja di depan pentas karaoke. 


ikan bakar restoran tasik idaman



Yang gian nak karaoke, boleh lah menyumbangkan suara korang sekali. Manatahu nanti boleh jadi penyanyi jemputan ke kan? Saya dah berjaya sumbangkan lagu Kerana - Alleycats hahaha. Kalau tak silap harga untuk sebuah lagu RM2.00. Siap ada deejay yang sangat best lagi akan menghiburkan korang. 


ikan bakar restoran tasik idaman



Sambil makan, sambil korang dihiburkan dengan deejay & suara merdu pengunjung. Nak tujukan lagu untuk yang tersayang pun boleh. 


Menu yang paling istimewa di sini mestilah ikan bakar. So, kalau datang sini, wajib order ikan bakar tau. Menu lain pun not bad. 


ikan bakar restoran tasik idaman




ikan bakar restoran tasik idaman




ikan bakar restoran tasik idaman



Gambar dibawah ini merupakan antara feedback customer Restoran Tasik Idaman. Ramai customer yang kasi 5 bintang.\0/


ikan bakar restoran tasik idaman


Details mengenai Restoran Tasik Idaman, korang boleh follow diorang di, 



Selamat menjamu selera & karaoke santai di Restoran Tasik Idaman guys! 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah