Mudahnya Membayar Zakat dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP
Tengah ralik duk godek website Pusat Pungutan Zakat tiba-tiba member tegur sesuatu yang tidak sedap didengar mengenai Pusat Pungutan Zakat. Rupanya masih ramai yang belum mengetahui dengan mendalam mengenai fungsi PPZ dalam melancarkan urusan zakat. Mari nak cerita sikit mengenai PPZ.
“Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah”
Penubuhan PPZ
Cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dikemukakan kepada Pengerusi majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Tujuan penubuhan institusi ini adalah untuk mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi Baitulmal Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP adalah agensi yang ditubuhkan oleh MAIWP. PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 dan bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.
Objektif Penubuhan PPZ-MAIWP
1. Meningkatkan Pungutan Zakat
2. Memudahkan Pembayaran Zakat
3. Mendidik masyarakat islam tentang tanggungjawab berzakat
4. Memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer
5. Mempercepatkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat
Perkhidmatan PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kemana Wang Zakat Diagihkan
Wang zakat diagihkan kepada 8 Asnaf (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At Taubah (ayat 60) melalui skim 28 bantuan yang bersifat jangka masa pendek dan jangkamasa panjang. Berikut senarai agihan wang zakat.
1. Bantuan Kewangan Bulanan
2. Bantuan Am Persekolahan
3. Bantuan Perniagaan
4. bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
5. Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
6. Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
7. Bantuan Segera
8. Bantuan Al-Riqab
9. Bantuan Am Pelajaran IPT
10. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
11. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
12. Bantuan Ramadhan
13. Bantuan Perubatan
14. Bantuan Perkahwinan
15. Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
16. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
17. Bantuan Musibah
18. Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
19. Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
20. Bantuan Tuisyen
21. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
22. Bantuan pertanian
23. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
24. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
25. Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
26. Bantuan Guaman Syarie
Kemudahan Yang Disediakan oleh PPZ
PPZ-MAIWP telah melakukan inisiatif bagi memudahkan masyarakat melaksanakan tanggungjawab berzakat melalui :-
1. Portal www.zakat.com.my
Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT
2. Aplikasi i-zakat
Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store
Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT
3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
- Wisma PPZ, Taman Shamelin
- Bangunan Daruzzakah, Lorong Hj Hussien 2 Kg Bharu
- Masjid Negara. Jalan Perdana KL
- Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
- Presint 9, Putrajaya
- Presint Diplomatik, Putrajaya
- Masjid At Taqwa, TTDI
- Masjid Abd Rahman B Auf, Jalan Puchong
- Masjid Imam Al Ghazali, kepong
- UTC Pudu Sentral
- Labuan Times Square
Waktu Operasi Kaunter
Isnin – Khamis (8.15 a.m – 4.45 p.m)
Jumaat (8.15 a.m – 12.30 p.m) (2.30 p.m – 4.45 p.m)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu – 8.15 a.m – 10.00 p.m
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember
4. Perbankan Internet
Boleh membuat bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank dilantik iaitu,
8. www.standardchartered.com.my
10. www.ocbc.com.my
12. www.hlisb.com.my
13. www.kfh.com.my
5. Skim Thohir
Boleh memotong zakat secara bulanan dan selaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan tertera di slip gaji bulanan.
6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Terdapat 2 buah kaunter bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Boleh membuat BAYARAN, TAKSIRAN dan SEMAKAN ZAKAT.
Persepsi masyarakat terhadap PPZ-MAIWP
Orang ramai seringkali memandang PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sebagai badan yang hanya tahu mengutip dana Zakat tetapi tidak menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Ini adalah salah tanggapan yang perlu diperbetulkan. PPZ-MAIWP dan juga BAITULMAL-MAIWP sedaya upaya mereka menggalas amanah yang berat ini dalam menerima Wang Zakat dan Mengagihkan Wang Zakat kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik dalam memastikan ia tidak disalahgunakan.
Selain itu, masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan peranan KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia. Sedangkan PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab melakukan KUTIPAN hanya di Wilayah Persekutuan. TANGGAPAN INI JUGA HARUS DIPERBETULKAN.
PPZ-MAIWP – Pautan
Untuk maklumat lanjut tentang fungi PPZ dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :
1. Pusat Pugutan Zakat Wilayah Persekutuan = http://www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = https://www.facebook.com/myzakat/
4. Youtube = www.youTube.com/ppztv
5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP = 1-300-88-5757
6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
7. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP = 1-800-88-5222/012-518 3614/012-512 7614
Selamat menunaikan zakat. =D
Komentar
Posting Komentar