CAMPING DI PANTAI PURNAMA, PORT DICKSON
Harini nak berkongsi dengan korang semua mengenai pengalaman best camping di Pantai Purnama, Port Dickson. Hajat di hati memang dah lama nak camping 2 hari 1 malam di Port Dickson, tak sangka akhir tahun 2015 impian menjadi kenyataan kahkah poyo sangat ayat nie. Terlajak ke Pantai Purnama secara kebetulan sebab di Teluk Kemang Ya Rabbi ramai gila orang. Parking pulak full. Then keluar dari Teluk Kemang, ternampak sign board Pantai Purnama. So why not kita ke Pantai Purnama lah. Lagipun tak pernah pergi lagi kan.
Sampai di Pantai Purnama dah petang. Around pukul 5.00 petang macam tu. Payah jugak nak cari parking mujur kebetulan ada kereta nak keluar. Alhamdulillah hihi. Tukar baju and seluar mandi dalam kereta tu jugak sebab excited gila nak mandi pantai dah lama tak mandi pantai \0/ . Apijol dan pantai memang susah nak dipisahkan ibarat irama dan lagu.
Macam ini lah suasana waktu petang di Pantai Purnama. Memang ramai sangat orang. Ada yang buat sukaneka, camping, berkelah, mandi pantai, istana pasir, etc. Matahari pulak memang betul-betul menghadap kitorang. Mujur dah petang takde lah terasa sangat bahang kepanasan cahaya matahari itu. Cari port sesuai sikit untuk simpan barang berharga, kemudian terus masuk dalam air hehe.
Nak main banana boat pun boleh dekat sini. Harga sekali main aku tak sure. Tak pernah lagi seumur hidup aku naik banana boat tu. Macam seram pulak tengok diorang jatuh dalam air ditengah laut. Korang yang tak pandai berenang jangan risau sebab almost orang yang mandi dekat sini memang tak reti berenang pun haha pandai-pandai je aku nie. Aku sendiri bukan reti berenang sangat pun. In Sha Allah selamat. Pantai dia landai je. Laut tenang ombak yang kuat langsung. Aku mandi pun dekat air paras dada je paling dalam hihi. Tak berani la nak pergi sampai ke tengah laut bahaya ha saya x reti berenang.
Punyalah syok sangat mandi, almost pukul 7.00 petang baru naik ke darat. Itupun sebab orang dah makin kurang and dah nak Maghrib. Kalau tak confirm mandi lagi nie sampai ke esok pagi –.-
Nak tunggu turn dapat bilas badan dalam bilik air punyalah lama. Dengan masalah kekurangan air lagi. Tiba-tiba black out pulak. Sabar jela. Pihak berkenaan sila berbuat sesuatu. Then dah bersiap semua, terus ke surau dulu solat siap-siap sebab malam nie kitorang nak bbq. Kitorang sewa sebiji khemah harga RM25 + RM3/person (bilik air).
Agak meriah juga waktu malam dekat sini. Ada orang berkhemah and camping sepanjang pantai. Takdelah sunyi sepi sangat. Kebetulan pulak masa kitorang datang tu, ada aktiviti perkhemahan. So, boleh dengar diorang buat aktiviti karaoke malam tu. Sambil bbq, sambil aku layan sekali karaoke diorang hihi. Then malam sikit masa air dah surut, ada beberapa kumpulan budak lelaki pergi ke tengah laut. Aku nak tahu la kan diorang buat apa dengan torch light duk cari apa tengah laut. Diorang tangkap ketam rupanya. Banyak dapat ketam dik? \0/
Malam tu kitorang tidur ditemani bulan & bintang & dikejutkan dengan bunyi ombak. Sweet kan? haha. Air pasang pagi kan mestilah almost nak Subuh dah dengar bunyi ombak memukul pantai.=)
Suasana waktu pagi di Pantai Purnama. Memang nyaman sangat. Ko tengok la kejap lagi penuh dengan orang la pantai ini.
Haa kan dah cakap. Memang diorang mandi pagi di Pantai Purnama nie kot. Takkan nak tengok je kan diorang mandi-manda. Haruslah join sekali. Sejuk betul air pagi tu. Lagi best dari petang semalam. =D
Abang banana boat pun dah keluar mencari customer.
Gambar bawah nie tapak perkhemahan di Pantai Purnama. Tak sure pulak diorang yang sewa tapak perkhemahan pada hari tersebut dari mana.
Di Pantai Purnama juga ada gerai menjual pakaian mandi dan tshirt.
Antara Kemudahan yang terdapat di Pantai Purnama
1) Surau
2) Bilik persalinan, bilik mandi, toilet – Mohon service dijaga dengan elok! Baru berbaloi dengan harga.
3) Tapak perkhemahan – Untuk aktiviti berkumpulan.
4) Sewa Khemah – RM25/day
5) Kedai Makan – Beroperasi dari pagi sampai malam.
6) Kedai Menjual pakaian mandi, tshirt
7) Pondok
8) Sewa Pelampung
9) Banana Boat
Antara Aktiviti Yang Boleh dilakukan di Pantai Purnama
1) Mandi Pantai – Highly recommend sebab tempat nie tak crowded sangat macam dekat Teluk Kemang
2) Camping – Kena datang awal pagi kalau nak camping sebab nanti tak dapat port yang best padan muka HAHA
3) Sukaneka Pantai – Better waktu petang sebab air mula surut kan.
4) Aktiviti Air - Banana boat
5) Tangkap ketam – waktu malam
6) Dan banyak lagi.
Rasa macam nak repeat camping di Pantai Purnama-lah hehe. Jom!
Komentar
Posting Komentar