Cantiknya Taman Saujana Hijau di Putrajaya
Firstime ke Taman Saujana Hijau di Presint 11 Putrajaya pada tahun lepas dengan si Hafeez, owner twentyfivepolaroids. Amende la Apijol ni stay di Putrajaya dah lama tapi tahun lepas baru pergi Taman Saujana Hijau. I can say that Taman Saujana Hijau merupakan taman yang paling cantik di Putrajaya. Memang suka betul view di Taman Saujana Hijau. Selepas lawatan pertama ke Taman Saujana Hijau, haruslah kena ada lawatan ke 2 3 4 5 dan seterusnya kan hehe.
Gambar bawah ini time Putrajaya dilanda jerebu yang teruk pada tahun lepas. So, view di Taman Saujana Hijau pun tak berapa clear dan cantik sangat. Nampak kelam & suram. Tapi still ada orang datang jogging dan beriadah dekat sini. Ada juga beberapa pasangan pengantin tengah outdoor photoshoot.
Kemudian, kitorang datang lagi ke Taman Saujana Hijau dengan 1 matlamat dan tujuan, nak jogging. Masa tu keadaan jerebu pun dah tak serious sangat. Sempatlah posing sakan dekat sana sambil berjogging. Kau tengok la outfit jogging aku. Dah macam nak pergi mall tengok wayang pun ade. Tapi aku memang betul-betul jogging pun time tu ye. Memang best jogging sini. Pusing bukit, naik turun bukit. Laju je peluh keluar. Lepasnie kena beli pakaian yang sesuai untuk jogging. Especially kasut tuuu \0/
Gambar bawah ini gambar latest yang diambil di Taman Saujana Hijau. Bawa Fazri, Mekda dengan Aini melawat Taman Saujana Hijau. Bungkus makanan beli di Food court Presint 11 kemudian datang ke sini berkelah dekat pondok di Taman Saujana Hijau. Best jugak.
Banyak pondok beristirehat disediakan di Taman Saujana Hijau. Tak payah berebut dengan pengunjung lain siap cop pondok itu kami punya okey. Pondok dahlah cantik dilitupi pokok menjalar. Harap pengunjung menjaga kebersihan pondok di Taman Saujana Hijau. Buang sampah di tong sampah yang disediakan. Jangan melakukan vandalisme. Takpayah nak geram sangat dekat pondok sebab cantik kan kemudian kau baling batu kena atap pondok. Kejamnya.
Lama jugak lepak di Taman Saujana Hijau sampai hari nak hujan. Cepat-cepat berlari masuk kereta. Gambar bawah ni gambar last sebelum masing-masing berlari ke kereta haha. Memang awan waktu tu gelap gila. Tak lama lepas tu hujan turun dengan lebat. Mujur sempat masuk kereta \0/
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Saujana Hijau selain jogging ialah outdoor photoshoot. Kalau datang ke sini, memang tak sah kalau tak terserempak dengan pasangan pengantin & model yang melakukan outdoor photoshoot. Ada juga yang buat surprise birthday and macam-macam aktiviti lagilah siap bawa tikar, belon and bakul semua tu. Pandai korang cari port cantik kan.
Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah toilet, pondok beristirehat, bangku simen etc. Kalau pergi waktu petang, memang susah nak dapat parking. Kena parking jauh sikit then berjalanlah korang ke Taman Saujana Hijau.
So, tunggu apa lagi jomlah kita jogging di Taman Saujana Hijau guys!
Komentar
Posting Komentar