Cara Stop Langgan (Terminate) Broadband Yes 4G

Aku dah stop langgan Broadband Yes 4G aku almost sebulan. Boleh dikatakan aku pengguna setia Broadband Yes 4G la. 5 tahun jugak pakai Broadband Yes 4G kot. Tak setia lagi ke macam tu? hehe. Alasan stop langgan Broadband Yes 4G? Sebab nak bertukar ke pelan dari telco lain pulak. Cepat suggest pelan dari telco mana yang terbaik. Tengah survey lagi nih. As for now, kongsi wifi dengan handphone jela kalau nak online dekat rumah kahkah. Nangis depan laptop.

 

 

Processed with VSCO with 5 preset

 

 

Pengalaman Menggunakan Broadband Yes 4G

 

Almost 5 tahun menggunakan Broadband Yes 4G rasanya dah cukup untuk aku berkongsi pengalaman aku menggunakan Broadband Yes 4G dengan korang semua. So far so good. Aku tiada banyak masalah pun dengan Broadband Yes 4G ini. Aku langgan pelan RM48 (2G) iaitu pelan yang paling murah. Sekarang dah jadi RM50++ sebab termasuk GST kan. Walaupun telah menggunakan 100% kuota, but still boleh online lagi cuma slow macam siput sedut. Sakit hati? Memang sakit sangat lah tapi boleh boost kuota korang tu.

 

 

Quota pulak memang laju gila habis. Aku expect maybe sebab 4G kan. That’s why laju gila kuota habis. Paling best mengenai Yes 4G Broadband ini, internet memang laju gila. Seronok layan youtube bila ada kuota. Tapi sekali kau layan youtube memang cepat je kuota kau habis. Macam aku sendiri, aku bukanlah layan sangat youtube. More to Facebook, twitter, baca artikel, blogwalking macam tu jela. Tapi kekadang layan jugak youtube and download lagu-lagu terbaru. lagi laju download pulak daripada kau tunggu video di youtube habis buffering. Power kan? haha.

 

 

Bawah ini aku sertakan sekali tarikh aku bayar payment and tarikh broadband mencecah 100% penggunaan kuota. Jangan mencarut dulu okey, cool je haha.

 

  • 24 Oktober bayar payment – 2 November reached 100% quota.
  • 24 September bayar payment – 29 September reached 100% quota.
  • 25 August bayar payment – 30 August reached 100% quota.
  • 14 August bayar payment – 19 August reached 100& quota.

 

quota broadband yes 4G

 

 

Sakit hati kot bila sampai email you have reached 100% of your quota. Rasa nak baling Broadband Yes 4G tu di dinding pun ada jugak kekadang haha. Amendelah 5 hari dah habis quota. \0/

 

 

Cara Stop Langgan Broadband Yes 4G

 

Sekarang teknologi dihujung jari. So, nak stop langgan Broadband Yes 4G pun boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Mudah betul kan. Mari tengok apa step yang korang perlu lakukan.

 

 

1) Hantar email terminate Broadband Yes 4G korang ke yescare@yes.my. Better after dah buat payment, terus apply nak terminate. Nanti takdelah problem bill tertunggak ke apa kan.

 

cara terminate broadband yes4G

2) Setelah mendapat balasan email dari pihak yescare, Baca syarat terminate dengan teliti. Make sure korang sudah membayar bill yang tertunggak.

 

 

cara terminate broadband yes4G_1

 

3) Isikan termination form yang di attached di email korang.

 

borang terminate broadband yes4G

 

 

4) Dah sign form, boleh scan and hantar ke email yescare beserta salinan i/c korang.

 

cara terminate broadband yes4G_2

 

 

Ok siap! Nanti pihak yescare akan reply email korang and bagitahu bila tarikh akaun Yes 4G korang akan ditutup. After tarikh tersebut, korang dah tak boleh sign in akaun Yes 4G korang dan pihak Yes juga akan menghantar email bill terkini korang iaitu RM0.00.

 

 

bil yes4g broadband

 

 

Thank you so much Mekna yang izinkan aku gunakan nama dia untuk register akaun Yes 4G nie atas sebab-sebab tertentu haha. After this tak perlu risau lagi samada aku dah bayar atau tidak akaun Yes 4G ini okey sebab iols dah terminate pun ye Mekna. kahkah. =P

 

 

Selalu jugak terbaca isu pasal servis Broadband Yes 4G ini teruk. Ramai customers yang merana dan tak puas hati dengan Yes 4G. So far aku takde pengalaman yang mengerikan dengan Yes 4G. Terima kasih Yes 4G sebab banyak juga memudahkan kerja online aku. Pernah juga dapat kuota percuma dari Yes 4G ini terutama pada musim perayaan. =D

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Produk Qu Puteh (Dato Seri Vida) Yang Paling Popular