Gaya Fesyen Rambut Lelaki 2016
Lelaki dan fesyen rambut memang susah nak dipisahkan. Buat style rambut sama je sepanjang tahun bosan jugak kan. Macam aku sendiri pun suka jugak menukar gaya rambut. Sekali bila tukar gaya rambut boleh officemate tak cam betul ke ini Apijol? Macam gitulah penangan menukar gaya rambut nie hehe. Jom kita usha gaya fesyen rambut lelaki 2016. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Boleh terus printscreen then tunjuk dekat tukang gunting rambut kau nak gaya rambut macam gini haa. Mudah kan \0/
1. WAVY / HIGH VOLUME UNDERCUT WITH A TAPER
Kalau nak buat gaya rambut ini kena make sure rambut korang jenis ikal & lurus sebab kena simpan rambut panjang di bahagian tengah. Rambut kerinting jangan berangan la okey hihi. For sure kena gunakan wax atau produk rambut yang boleh membuatkan gaya rambut korang tahan lama.
2. BUZZED SKIN FADES
As for me yang seorang yang kurus keding ini memang tak sesuai langsung nak buat style botak macam gini. Nightmare rasa kalau rambut aku digayakan seperti ini. Oh tidak haha. Gunting rambut no 2 atau 3 pun should be okey dah okey. Then simpan jambang sini. Dah jadi macam retis Sharnaaz Ahmad la pulak kan. \0/
3. BUSINESS SAVVY
Bagi mereka yang bekerja di sektor awam atau dunia korporat etc, haruslah menggayakan rambut dengan kemas seperti gambar di atas. Kasi trim bahagian tepi rambut biar nampak kemas dan bahagian tengah tidak terlalu panjang.
4. MODERN SIDE PART
Gaya rambut side part yang dimodenkan. Aku pun suka buat gaya rambut side part tapi takdelah sampai cukur bahagian tengah rambut. Biasa akan suruh barber gunting pendek rapat sampai atas. Gaya modern side part semestinya masih popular pada tahun 2016 ini.
5. THE SWOOP
Rambut disimpan panjang dibahagian tengah then dibiar menjurai ke tepi dan depan.
6. BLONDE
Artis Malaysia & public figure di social media instagram ramai menggayakan rambut blonde atau silver. Katanya ada wax yang dijual di pasaran mempunyai keupayaan untuk mejadikan rambut berwarna silver. Bagi aku, rambut warna natural tetap menjadi pilihan hati. Kalau boleh nak hitamkan lagi rambut sebab rambut aku berwarna ala-ala perang sikit. Kalau lagi hitam, lagi menawan hihi.
7. GAYA RAMBUT APIJOL
Inilah gaya rambut terakhir yang still popular sehingga tahun 2016. Mudah digayakan, hanya sapukan gel dan disikat rapi ke kanan terus siap. Tak payah pakai hair dryer pun boleh.
Bila petang sikit, dah jadi macam rambut bawah nie pulak. Dah tak berapa nak kemas sangat. Yela, macam leceh pulak setiap kali solat kena sapukan gel/wax di rambut. So, biarkan sahaja rambut itu jatuh kebawah haha.
Special thanks to MENS HAIRSTYLE TRENDS FOR 2016.
Komentar
Posting Komentar