Anak Buah Ke-21, Muhammad Daniel Asyraf

Assalamualaikum,

Actually aku agak was-was dengan tajuk entri. Aku confius dah berapa orang anak buah aku haha. Betul ke dah 21 orang. Macam ramai pulak. Oklah mari sama-sama kita kira berapa orang dah anak buah aku yang sebenarnya –.-

 

Abang Mat – Amin, Aisyah, Afiqah, Adlina, Amir, Aqilah, Alisha (7 orang)

Mat Jam – Aiman, Alia,?,?,? (rasanya Mat Jam ada 5 orang anak. Aku lupa nama 3 orang anak Mat Jam omg kahkah)

Kak Da – Ayong, Milhan, Sofea, Ayeh & Kidir (5 orang)

Kak Ta – Faiz, Farhana, Fatin (3 orang)

Jaja – Muhammad Daniel Asyraf (new born baby)

 

Semua sekali 21 orang. Ya Allah apa nama lagi 3 orang anak Mat Jam hahaha. Maafkan Pokjoe anak-anak buahku. Siapa suruh tak datang jumpa Pokjoe bila Pokjoe balik kampung. Nanti kena selalu datang rumah Tok okey.=p

 

So harini nak cerita pasal baby Daniel Asyraf Pokjoe jela dulu ye. Kang kalau cerita semua 21 orang mahu 2,000 patah perkataan pun tak habis lagi. Daniel Asyraf ini kira special case sikit la pasal dah beberapa tahun mummy dia, Jaja duk tunggu kedatangan dia kot.

 

Alhamdulillah, Allah itu Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengasih & Penyayang. Dikurniakan baby Daniel Asyraf kepada Jaja. Bersalin pada bulan Disember yang lepas. Tak salah aku 21 Disember. Almost 38 hari juga Daniel ditahan di hospital sebab ada sedikit masalah masa melahirkan Daniel. Tahniah Jaja. Selamat menjadi ibu!

 

Bila Daniel dah keluar hospital, semua excited lah kan nak tengok dia. Pokjoe pun dah tengok Daniel beberapa kali. Kebetulan balik kampung kan. Alhamdulillah, Daniel handsome macam bapak sedara dia jugak (eh). Mari nak belanja sekeping gambar Daniel Asyraf (mintak izin post gambar anak awak sekeping ye Jaja),

 

Jpeg

 

Datang tengok Daniel waktu petang. Dia tidur pulak. Tu muka dah bedak comel-comel pasal baru siap mandi. Baru nak main aucak aucak sikit dengan dia. Tido pulak budak nie ye. Sekarang nie Daniel tak sihat sikit. Batuk. Doakan Daniel cepat sembuh ya semua. Semoga Daniel membesar dengan sihat & kuat. Jangan nangis-nangis tau sayang. Jangan buat mummy daddy risau & bimbang. Bila besar, jadi anak yang soleh. Banggakan mak & ayah. (yela Pokjoe, macam Daniel baca pulak entri nie hmm haha)

 

Nak tengok lagi gambar Daniel, kena tunggu Jaja update dekat http://izahafizah.blogspot.com/ lah ye.

 

P/s : Makin ramai anak buah, terasa diri ini makin tua pulak haha.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Produk Qu Puteh (Dato Seri Vida) Yang Paling Popular