Pengalaman Rawatan Muka Fractional Laser CO2 di Premier Clinic
Pada 30 Januari yang lepas, aku & si Hafeez Ramli telah membuat appointment dengan Premier Clinic untuk menjalani facial treatment. Appointment pukul 11.30 am di Premier Clinic Bangsar, berdekatan dengan Bangsar Village. Cari parking kemain susah. Lastly parking dekat car park Bangsar Village. Cekik darah wei. Habis topup touch and go aku buat bayar parking luls. T_T
Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama aku buat rawatan muka. Dia punya excited terlebih sikit itu yang tak kisah drive dari Putrajaya ke Bangsar weekend pulak tu. Lagipun dah lama kita teringin nak merasa buat facial treatment haha. So taknak lah lepaskan peluang yang ada nie. \0/
Rawatan Muka Fractional Laser CO2
Setelah Doktor Elaine mengenalpasti masalah kulit aku, beliau mengesyorkan aku menjalani Fractional Laser CO2. Doktor Elaine juga telah menerangkan dengan details mengenai rawatan Fractional Laser CO2.
Antara kelebihan Fractional Laser CO2 ialah,
1) Removing pock marks
2) Removing deep acne scars or any other scars
3) For skin that is aging, wrinkled, sagging or has an irregular texture.
4) To treat skin damaged by the sun or with irregular pigmentation.
Kemudian, macam biasalah. Kena tandatangan surat perjanjian bertulis dahulu sebelum memulakan rawatan. Kalau korang tidak bersetuju untuk menjalani rawatan, tak payah sign la okey. Mana tahu tiba-tiba last minute nak cancel sebab takut kena laser haha.
Then, rawatan pun dimulakan dengan menyapu krim kebas ke seluruh muka. Nanti bila kena laser, takde la terasa sangat sakitnya. Muka dibiarkan around 15 minutes supaya krim kebas betul-betul menyerap ke kulit muka.
Setelah almost 15 minutes, Dr Elaine pun menjalankan tugasnya dengan sangat teliti. Setiap inci muka aku yang berisiko (bintik hitam, parut jerawat etc) habis dilaser oleh beliau sobsob. Sakit ke tak? Nak kata tak sakit langsung tu memang agak menipu lah. Sakit rasa macam kena gigit semut api. Pembantu Dr Elaine sekejap duk tanya aku “are you okey?”. Nampak sangat aku nie terlebih cuak & nervous semacam kot haha. Dalam 5 minutes macamtu, dah settle laser seluruh muka. Sekejap je.
Kesan Selepas Rawatan Fractional Laser CO2
Setelah korang menjalani rawatan Fractional Laser CO2, korang akan mengalami tempoh downtime korang tersendiri. Mungkin tempoh downtime sekejap, mungkin seminggu atau lebih. Berikut kesan yang aku alami sendiri sepanjang tempoh downtime,
1) Muka kemerah-merahan. ( Dalam 3 –4 hari)
2) Muka terasa sedikit panas. (Dalam 1 –2 hari)
3) Muka mengalami pengelupasan yang tak ketara sangat. (Dalam 1-7 hari)
4) Terdapat bintik-bintik hitam kecil di muka. (Dalam 1-7 hari)
5) Buka berpetak-petak kecil. (Dalam 1-7 hari)
Jangan ponteng kerja pulak okey. Cool je. Orang sekeliling mungkin tak perasan pun kesan tersebut tapi bila korang tengok cermin, memang ketara jugak lah. Melainkan orang yang bercakap dengan kau dalam jarak 30 cm baru perasan kot LOL.
Antara Perkara Perlu Dicegah setelah Menjalani Rawatan
1) Dilarang melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, pergi gym atau sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak. Mandi kolam pun tak boleh okey! (Duduk jela diam-diam dalam 3 hari selepas rawatan)
2) Elakkan menggunakan pencuci muka. Mungkin dalam 5 -7 hari jugak.
3) Elakkan kulit wajah dari terdedah dengan cahaya matahari.
4) Digalakkan menggunakan moisturizer pada kulit wajah.
Bab makan, tak payah berpantang-lah okey haha. =P
Perubahan Setelah Menjalani Rawatan
Sebenarnya aku tak expect pun muka aku akan menjadi secantik muka Lee Min Ho setelah menjalani 1 sesi rawatan Fractional Laser CO2 di Premier Clinic ni. Maklumlah, buat rawatan pun cuma 1 sesi, nak kulit cantik bersih haruslah pergi sekurang-kurangnya 5 sesi kan. Sedikit perubahan yang terjadi pada wajah aku after tempoh downtime ialah,
1) Parut jerawat semakin kecil
2) Sedikit perubahan positif terhadap masalah tona kulit tak sekata
3) Blackheads makin pudar
4) PERUBAHAN PALING KETARA, jerawat memang takde yang tumbuh. Cuma ada 1 bawah dagu tepi janggut hehe. –.-
Terima kasih kepada Dr Elaine Chong (http://www.beauty-clinic.com) serta staff Premier Clinic yang telah memberikan layanan yang baik sepanjang sesi rawatan. Walaupun terdapat sedikit masalah berkaitan pelanggan yang ramai, sesi kitorang pun terpaksa berganjak ke sesi petang. Namun, layanan yang diberikan membuatkan hati yang sedikit panas sebab menunggu lama menjadi sejuk kembali =P
Sebarang Info Mengenai Rawatan Muka Fractional Laser CO2 di Premier Clinic, korang boleh rujuk website & laman sosial diorang di bawah okey,
Website :
INFO FRACTIONAL LASER CO2
Email:
contactus@premier-clinic.com
Tel:
+603-7732 5552 (TTDI) or +603-22822263 (Bangsar)
Mobile: +6012-662-5552 (Contactable 7 days a week. Call/ SMS/ WhatsApp/ Viber)
Website:
http://www.premier-clinic.com/
Facebook:
www.facebook.com/Premier.Aesthetic
Alamat Premier Clinic
TTDI Branch
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, which is on the same row as Maxis & Pizza Hut.
*Free parking is available at our doorstep, which is available on a first come first serve basis. For additional car parks, you can park at the TTDI market just behind our clinic at affordable price and the TTDI market car park is only 1 minute walk to our clinic.
Operation Hours:
Tuesday - Saturday: 10.00 am - 7.00 pm
Closed: Sunday, Monday and Public Holidays
Bangsar Brach
40, Jalan Telawi,
Bangsar Baru, 59100, KL.
*Jalan Telawi is next to Bangsar Shopping Village mall. It's same row as Post office and next to Raj's Banana leaf mamak stall.
Operation Hours:
Monday : 2.00 pm-7.00 pm
Tuesday - Saturday: 10.00 am - 7.00 pm
Closed: Sunday.
Komentar
Posting Komentar