Aktiviti Waktu Malam Yang Best di Putrajaya

Assalamualaikum,

Actually banyak jugak aktiviti waktu malam yang best korang boleh lakukan di Putrajaya. Antaranya naik cruise, naik belon udara panas tergantung di Skyrides Festival Park dan aktiviti berbasikal. Hari ini nak cerita pasal aktiviti waktu malam di Taman Cabaran, Putrajaya.

 

Weekend yang lepas berkesempatan main roller blade dekat Taman Cabaran, Presint 5 Putrajaya. Sebelum nie dah pernah datang sini tapi tengok orang main jela. Muge kita tak reti main hihi. So saje jela cabar diri main roller blade. Sewa roller blade sepasang RM10 boleh main unlimited. Kira murah dah tu kan.

 

roller blade taman cabaran putrajaya 

 

Memang agak ramai jugak pengunjung pada malam tu. Lagi-lagi kanak-kanak la kan. Excited bukan main ye semua. Malu pulak abam Apijol nak tunjukkan skill bermain roller bladeku yang begitu hebat itu KAHKAHKAH.

 

roller blade taman cabaran putrajaya

 

Selain roller blade, ada jugak yang main skate board. Roller blade pun aku dah fail so x payah berangan la nak main skate board. Lagi payah main skate board kot dari roller blade. Bagi aku lah. –.-

 

taman cabaran putrajaya_1

 

Aku rasa macam suatu pembaziran pulak aku melaburkan RM10 untuk roller blade tu sebab tak sampai 1 jam pun kot aku main. Yela beginner macam kita ni setakat pegang-pegang dinding tu boleh ah gerak slow-slow. Almost pukul 10.00 malam lampu disana tiba-tiba terpadam wei.

 

Gelap gelita dah kat sana kecuali lampu ditingkat atas bukak lagi. But still ramai lagi orang. Nasib baik aku jatuh terjelopok time lampu padam tu. Takde lah malu sangat dekat budak-budak kecik yang lagi terer daripada aku. Fuh sakit gila punggung abam. Terus bangun and then buang kasut roda. Haha \0/

 

Oklah meh nak payung 1 gambar aku tengah main roller blade. Kang nanti tak percaya pulak haha. Baru belajar imbangkan badan je pun LOL. Sila beri tunjuk ajar ye awak semua. Gambar ini diambil masa lampu dekat sana belum terpadam. 

 

taman cabaran putrajaya

 

 

Yang menarik perhatian aku, mat bangla pun ada main roller blade dekat sini tau. Dahlah lagi terer main daripada aku. Pastu duk usha je aku yang gerak slow macam siput babe nie. Eii sakit betul hati. Semoga lepas nie bila datang lagi ke sini, dah reti main roller blade siap gulung-gulung kaki. kbye

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah