Percutian Ke Penang Day 3-Street Art Penang & Bukit Bendera
Ini last entry percutian ke Penang. Kalau korang nak tahu aktiviti apa yang kitorang lakukan pada hari pertama & kedua bercuti ke Penang, boleh baca entry Escape Adventure Penang and ATV Eco Tour Penang okey. Baca tau! (haha)
Hari ketiga di Penang, kitorang ke Street Art Penang. Rugilah datang Penang kalau tak bergambar di Street Art Penang kan. One of most popular attraction di Penang kot. So, kitorang sewa basikal di Street Art Penang pasal tempat tu besar jugak. Nak berjalan memang taklah dengan panasnya. Yes, Penang is too hot. T_T
Sewa basikal RM10 sebuah, boleh sewa sampai petang. Tapi kitorang takdelah sewa sampai petang. After bergambar dekat almost street art yang terdapat di sana, terus pulangkan basikal sebab nak ke Bukit Bendera pulak kan.
Jom cuci mata dengan gambar-gambar kitorang dekat sana. =P
Aku bab bergambar dekat street art nie memang fail sikit. Kita tak kreatif sangat nak buat gaya macam mana kahkah. Lastly posing jela sesuka hati aku sebab ramai orang tunggu queue nak bergambar nie. Bukan kitorang je tau. Tak dang mikir nak posing macam mana LOL \0/
Sebelum berangkat pulang, singgah kejap dekat kedai yang jual souvenirs. Ada keychain, fridge magnet, note book etc. Boleh la beli buat kenang-kenangan.
Then, kitorang bergerak pula ke Bukit Bendera. Last datang ke Bukit Bendera masa tahun 2007 (bukti pada gambar dibawah haha) untuk lawatan sekolah. Tahun 2016 pulak baru menjejakkan kaki lagi ke Bukit Bendera. Kali ini dengan bbf. Terus mengimbau kenangan masa lawatan kitorang 9 tahun lepas. Sekejap je masa berlalu kan. Dah tua dah sekarang sob. Cuba korang tengok dalam gambar tu, muka innocent je semua. –.-
Lupa pulak nak snap gambar dalam kereta api Bukit Bendera. Yang pasti, memang dah banyak betul perubahan berbanding 9 tahun yang lepas. Pengunjung pada hari tersebut pulak boleh tahan ramai.
One of attraction yang paling popular di Bukit Bendera mestilah dekat kerusi patah dalam gambar dibawah nie. Kang dekat sini korang boleh beli kunci mangga yang dijual dekat sana then tulis ayat cinta dekat mangga. Kau lock la mangga tersebut dekat tempat yang disediakan ala-ala ku kunci cintamu di mangga ini selama-lamanya gitu. Tapi kitorang tak buat pun benda tu. Nak kunci cinta siapalah. Semua single lagi nie hehe.
Takpelah tak kunci cintamu di kunci mangga Bukit Bendera, yang penting ku sudah kunci cintamu forever and ever di dalam hatiku cia cia cia. =P
Thank you so much Ferra, Kiroh and Saf for this short vacation. Dekat je =P
Komentar
Posting Komentar