Rawatan Muka Laser Toning di Nexus Clinic
Baru-baru ini aku berpeluang menjalani rawatan muka laser toning di cawangan baru Nexus Clinic, Shaftsbury Square, Cyberjaya. Tahniah kepada Nexus Clinic yang telah mempunyai 2 cawangan. Cawangan pertama di Wisma UOA 2, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Nexus Clinic merupakan klinik estetik (berkaitan rawatan wajah, kulit dan badan yang berasaskan kaedah dan produk saintifik) yang bernaung dibawah Klinik Mediviron.
Macam-macam rawatan estetik yang terdapat di Nexus Clinic. Antaranya :-
- Fractional CO2 Laser
- Skin Peel
- Lip enhancement
- Chin Augmentation
- HCG Weight Loss programme
- Hair Loss Treatment
- Tattoo removal
- Male Jawline Enhancement
Senang cakap, rawatan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki ada di Nexus Clinic. Dalam banyak-banyak rawatan, rawatan apa yang menjadi pilihan aku di Nexus Clinic? Aku pun tak reti nak memilih. So, suruh je Dr. check apa masalah kulit wajah and then apa rawatan kulit yang sesuai. Kalau aku terlebih lemak, memang dah suruh Dr. buat rawatan HCG weight loss dah haha. =P
Doktor yang bertugas pada hari kejadian ialah Doktor Aris. Kusyuk betul Doktor Aris memberi penerangan mengenai penjagaan kulit muka sampai mata aku terkebil-kebil pasal banyak rupanya tips penjagaan kulit wajah yang aku abaikan.
Menurut Dr Aris, masalah kulit wajah aku yang paling ketara ialah masalah pigmentasi (jeragat). Muda-muda lagi dah ada jeragat bersepah kat muka nie sedih betul haha. Padan muka suka sangat main panas. Yela kita dari Darjah 1 kot pergi sekolah jalan kaki. Sekolah menengah kayuh basikal 6km everyday. Mana kulit tak terdedah dengan sinaran UV yang berlebihan kan. Then tak pakai sunblock pulak tu. Lagi mudah la pigmentasi membiak. T_T
After sesi konsultasi (beserta gambarajah –.-) yang panjang lebar dari Dr Aris, aku bersetuju untuk menjalani rawatan Laser Toning. Bestnya mengenai rawatan ini ialah takde downtime. Makna kata after buat rawatan, tak payah tunggu sampai paling kurang seminggu baru muka recover balik after buat laser. Tak payah risau semua itu okey sebab takde tempoh downtime pun. (kau faham ke tidak nie?haha)
Rawatan Laser Toning dimulakan dengan membersihkan muka aku terlebih dahulu. Kemudian setelah muka dibersihkan, pembantu Dr Aris telah menyapukan carbon diseluruh muka. Siap tampal salotape dekat kening sebab takut kening terbakar kena laser haha. kenang mahal kot nie =P
After dah settle sapu carbon dimuka, Dr Aris pun menjalankan tugas me-laser muka aku dengan teliti. Sakit ke tak rawatan laser toning? Takdela sakit sangat. Macam kena gigit semut api and rasa panas sikit. Kalau sakit kau bagitau je Dr. Pandai la nanti dia uruskan bagi tak sakit okey. Kata nak kulit flawless kan? Kenalah tahan sikit hekeleh.
Almost 20 minit jugak baru settle rawatan Laser Toning nie. Nampak gambar atas nie carbon dimuka pun dah hilang akibat dilaser kaw-kaw punya. Kulit aku yang sensitif ini pun dah jadi kemerah-merahan. But memang berbaloi sebab sisa-sisa kotoran pada lapisan dalam kulit muka yang korang tak nampak dengan mata kasar itu pun sudah mula muncul.
So, untuk next session misi menghapuskan sisa-sisa kotoran yang baru muncul itu pulak. Bukan buat 1 session je dah flawless dah hilang semua pigmentasi tau. Paling bagus buat 5 treatment and above. Baru korang nampak dengan mata kepala sendiri keberkesan Laser Toning. Faham ye anak-anak? \0/
Sebelum pulang, sempat bergambar dengan Dr. Aris di hadapan Nexus Clinic, Cyberjaya. TQSM Dr. Aris dan semua staff Nexus Clinic yang memberikan layanan sangat bagus kepada Apijol nie. Mula-mula memang malu jugak datang sorang diri ke Nexus Clinic ni tau. Kite dah la selekeh T_T but bila dah kenal semua staff dekat sana and diberikan layanan yang baik, dah kurang sikit rasa malu & rasa sangat selesa membuat rawatan di sini. Kita jumpa lagi di next session okey! =D
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut,
Website : http://nexus-clinic.com/
Instagram : @nexusclinic
Facebook : NexusClinic & NexusClinic Cyberjaya
Call/Whatsapp : 03-2163 5699/017-216 3569
Nexus Clinic Cyberjaya : 03-8322 5699/012-2183 5699
Komentar
Posting Komentar