Rawatan Muka Platelet Rich Plasma (PRP) di Nexus Clinic

Baru-baru ini aku berpeluang menjalani Rawatan Muka Platelet Rich Plasma (PRP) di Nexus Clinic Cyberjaya. Apa itu PRP? PRP merupakan rawatan muka yang menggunakan darah korang sendiri. Darah korang akan diambil sebanyak 10cc kemudian dimasukkan ke dalam mesin (spinning) around 20 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah. Kemudian serum yang mengandungi sel stem, platelet dan hormon itulah yang akan disuntik ke muka korang. Scary tak bunyinya? \0/

 

Actually aku risau jugak diorang ambil darah aku pasal sepanjang hidup mana pernah aku menderma darah. Tak cukup berat kot nak derma darah. Kang nanti aku pengsan ke pitam ke sapa nak jawab haha. Overthinking betul seorang Apijol nie. But everything went well. Takpelah tak layak derma darah pong. Kita derma darah sendiri untuk cucuk kat muka biar masalah kulit muka dapat diatasi dahlah ye hihi. =D

 

Menurut Dr. Aris, PRP selalu digunakan untuk atlet sukan bagi mempercepatkan penyembuhan luka diorang. Let say cedera dekat lutut and 6 bulan baru sembuh sepenuhnya. Dengan menggunakan kaedah PRP, luka boleh disembuhkan tidak sampai 6 bulan pun. Mungkin 3-4 bulan dah sembuh.

 

So, dalam dunia estetik, PRP digunakan untuk mengurangkan faktor penuaan, meningkatkan kualiti kulit, sebagai anti-aging, merangsang proses semulajadi kolagen, meningkatkan keanjalan kulit, memperbaiki tona kulit, muka tampak lebih muda dan berseri, melebatkan rambut pun boleh tau. Artis-artis Hollywood kebanyakannya memang gemar dengan rawatan PRP ini. Salah seorang ialah KimK.

 

rawatan platelet rich plasma_1

 

Kita kasi zoom in sikit. T_T

 

rawatan platelet rich plasma

 

Dr. Aris cucuk bahagian dahi, pipi, bawah mata and dagu. Kena cucuk bahagian dahi paling sakit pasal dekat situ mana ada isi sangat. Terus ke tulang beb. T_T Kenalah tahan sikit. Beauty is pain kan. Nanti bila dah complete buat PRP, tengok result mesti senyum lebar then nak repeat lagi buat PRP untuk kali ke-2 punyalah. \0/

 

rawatan platelet rich plasma_2

 

Gambar diatas, after rawatan PRP. Muka nampak sembap sikit sebab kena cucuk. But sekejap je nie. Esok dah okey dah. In Sha Allah. Untuk rawatan PRP nie, harinie kan buat rawatan, bukan haritu kulit terus okey tau. Ambil masa jugak maybe around 2 weeks baru nampak kesan. Mohon bersabar ye semua. Harini dah 7 Ramadhan, kalau korang buat sekarang sempatlah muka glowing flawless dan seumpamanya di Hari Raya. Dahlah sekarang Nexus Clinic tengah buat Ramadhan Raya Promotion. Potongan harga sehingga 50% kot. WOW! Rugilah kalau lepaskan peluang yang jarang-jarang ada nie guys!

 

promosi raya nexus clinic

 

Sebarang pertanyaan/booking,

Website : http://nexus-clinic.com/
Instagram : @nexusclinic
Facebook : NexusClinic & NexusClinic Cyberjaya
Nexus Clinic Cyberjaya : 03-8322 5699/012-2183 5699
Nexus Clinic KL : 03-2163 5699/017-216 3569


 

Thank you so much Nexus Clinic Cyberjaya for the PRP treatment! Semoga muka lebih berseri di hari raya hehe.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah