Percutian ke Tempat-Tempat Menarik di Cameron Highland
Kali terakhir datang ke Cameron Highland masa lawatan sekolah Form 5. Dah lama sangat tu. Dah nak dekat 10 tahun kot haha. Bila dapat peluang ke Cameron Highland lagi, of course la happy kan. Bertolak ke sana dari around 3pm jugak setelah melalui pelbagai halangan kecil. Masing-masing ada komitmen lain. Ada yang join game volleyball, ada yang pergi kenduri kawen.
Alhamdulillah around 7pm baru sampai Tanah Rata, Cameron Highland melalui Tapah. Mujur ada driver import yang bawak kete. Kalau aku yang bawak alamatnya 9pm baru sampai kot haha. Kita mabuk sikit bila drive jalan bengkak bengkok & sempit nim. \0/
Tea House
Sempat singgah di Tea House sebelum bergerak ke Tanah Rata. Kira Tea House ini 1st stop lah. Pekena teo o panas dulu bagi mata segar sikit and beli makanan ringan-ringan sikit buat alas perut. Firstime aku try makanan yang namanya scone. Jangan terkejut dengan harga makanan dekat sini tau. Memang 2 3 kali harganya dekat tempat kita. Sabo jela.
Dah sampai di Tanah Rata haruslah kena cari tempat nak stay dulu. Melilau la kitorang duk survey hampir 7 buah hotel murah dekat sana. Then, kami bersepakat untuk stay di KAVY HOTEL semalam. RM100/day. Bilik yang agak selesa & katil queen size. Sesuailah dengan harga. Sorry terlupa pulak nak ambil gambar bilik sebab letih sangat kot. Tak dan nak mikir la kita haha.
Korang yang ada budget lebih, maybe boleh stay dekat hotel yang lagi selesa kot. Dekat sana hotel memang banyak. Harga pun affordable. Kena pandai survey and buat pilihan yang bijak. Macam kitorang nie nak save budget and check in pun dah malam. Sekadar untuk tido and persiapan diri jela.
Pasar Malam Tanah Rata
Kitorang tapau makanan dekat pasar malam Tanah Rata & makan dekat restoran area situ. Macam-macam makanan korang boleh jumpa dekat Pasar Malam Tanah Rata. Datang sana weekend memang crowded betul. Jalan pun sesak dengan kereta. Nak cari parking sekian hal. Mujur udara dekat sana sejuk and nyaman je. Menggeletar jugak tubuh keding aku nie. Dah settle makan malam, terus masuk hotel mandi then tido.
200 Seeds Cafe By Abang Strawberry
Keesokannya, kitorang breakfast di 200 Seeds Cafe, Taman Sedia, Tanah Rata. Asalnya nak breakfast di sebelah restoran 200 Seeds Cafe sebab member cakap breakfast dekat situ sedap. Sekali kedai tutup pulak. So, breakfast lah kami dekat 200 Seeds Cafe tu.
200 Seeds Cafe By Abang Strawberry
Order nasi lemak rendang daging. Sekali sambal nasi lemak dia rasa strawberi. Memang tekak tak boleh terima la. Kita nak sambal yang biasa tu jugak baru best. Ayo. Nak tunggu makanan sampai pun sekian hal jugak. Almost sejam kot duk tunggu makanan sampai. Banyak habiskan masa dekat sini je. Customer diorang pulak boleh tahan ramai. Bajet untuk breakfast di sini around RM10 sorang okey.
Then cuci mata tengok tanaman strawberry kejap dekat area situ. Ada jugak orang jual buah strawberry, aiskrim strawberry and of course sambal Abang Strawberry yang famous itu pun ada dekat sini.
Pasar Pagi Brinchang
Kemudian bergerak ke Pasar Pagi Brinchang pulak. Dekat sini kitorang dah target nak beli jagung, strawberry, and sayur. Memang ramai peniaga and harga yang diorang letak pulak lebih kurang je. Pening jugak nak pilih kedai mana nak beli jagung, strawberry mana yang segar and terbaik & sayur mana yang murah. Ha macam gitulah dek banyak sangat pilihan dekat sana rambang mata dibuatnya.
Masing-masing borong sakan. Kak Ida sorang dah beli jagung 5 longgok. Acane tu? 1 longgok ada dalam 10 biji then dia kasi lagi free 2 3 bijik. Tak murah lagi ke macam tu? Strawberry pulak 1 tray RM20 je. Sayur pun murah-murah. RM10 boleh beli pelbagai jenis sayur. Tu haa ada lagi sayur dari Cameron Highland dalam peti ais kat dapur tu. Allahu. T_T
Lenguh juga tangan nak bawak segala jagung, sayur tu semua ke kereta. Jagung la yang paling berat and paling banyak borong. Ada la dalam 10 longgok kot. Mujur bonet luas boleh sumbat je semua. –.-
Strawberry kitorang harga RM20 dapat 5 bekas macam nie
Teh Centre Sungei Palas
Dah shopping sakan di Pasar Pagi Sekinchan, kitorang bergerak pulak ke Sungei Palas. Tak lengkap percutian ke Cameron Highland kalau tak singgah ke Sungei Palas tau. Wajib singgah!
Jalan nak ke Sungei Palas agak mencabar. Sempit gila jalannya. Muat 1 kereta je kot. Kena pandai bertolak ansur & bersabar sikit untuk sampai ke Sungei Palas. Dah sampai sana nanti confirm excited punya sebab cantik sangat view-nya. Tapi korang yang dah biasa datang sini maybe dah tak rasa apa-apa kot. Ke aku je yang terlebih excited? LOL haha. Lantaklah hangpa semua.
Bergambar sakan ngko dekat sana ye Apijol. Mujur photographer sudi nak layan. \0/
Sempatlah minum petang di Sungei Palas. Memang syok sangat minum petang dikelilingi ladang teh. Sedap mata memandang. Dengan anginnya yang sejuk, nyaman lagi mendamaikan. Hirup pulak teh o panas yang tehnya sangat fresh dari ladang. Fuh! Izinkan aku throwback sekejap hihi.
Teh nie kalau tak silap boleh refill tapi kena bayar 50sen. Puas hati sangat minum teh o dekat sini.
Dah settle minum petang, kitorang melawat kejap Teh Centre Sungei Palas.
Sampai ke kilang teh kitorang buat lawatan. Boleh la tengok cara pemprosesan teh dekat kilang disana.
Dah puas ronda-ronda, terus turun dari Teh Centre Sungei Palas pasal ada lagi 1 tempat yang kitorang nak singgah. Hari pun dah petang. Mohlah kita pulang. =D
Taman Lavender
Tempat terakhir yang kitorang singgah sebelum bertolak pulang ialah di Taman Lavender. Tiket masuk RM8.00/person.
Selain bunga lavender, bunga-bungaan dekat bawah ini pun ada dekat sana. Boleh bergambar dengan bunga puas-puas dalam nie.
Tak lepak lama pun dalam Taman Lavender nie. Dah sakan bergambar, solat Asar kejap dekat sini kemudian bertolak pulang.
Yang syoknya, sempat lagi singgah dekat tepi jalan bila nampak ada orang asli jual buah durian. RM10 je sekilo. Pekena la durian 2 bijik dekat gerai dia. Tercapai jugak hajat nak makan durian dekat Cameron Highland haha.
Turun dari Cameron Highland dah malam melalui Ringlet – Tapah. Jalan gelap gelita. But takdelah sunyi sangat jalannya sebab ada je berselisih dengan lori and kereta ke Cameron Highland. Kena drive dengan sangat berhati-hati (nasib bukan aku yang drive huhu. Kita co-driver je). Nak tidur pun tak senang dibuatnya. Dalam hati, bilalah nak sampai dekat highway nie huhu. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Sampai rumah terus tido boh! Letihsang. \0/
Bye Cameron Highland. Panjang umur aku mai lagi jalan-jalan shopping sayur & jagung dekat sana okey! =P
Komentar
Posting Komentar