Wangian Istimewa Dashing Adventurer 2.0 Untuk Para Jejaka

Aku yakin jejaka handsome kacak lagi bergaya diluar sana confirm kenal dengan jenama Dashing kan? Aku sendiri pun start zaman sekolah lagi memang pakai produk dari Dashing. Dulu beli talkum je sebab itu yang paling murah and tahan lama haha. Maklumlah zaman sekolah mana mampu lagi nak beli perfume diorang T_T

Bila dah ada duit poket lebih, mula berjinak dengan produk perfume & deodorant dari Dashing. Yela siapa taknak berbau wangi kan? Lagi-lagi bila keluar dengan kawan-kawan atau dengan buah hati. Kalau boleh 24jam nak wangi je memanjang. Baru rasa selesa & lebih berkeyakinan. =D

So, korang dah cuba ke koleksi terbaru yang dinamakan ADVENTURER dari Dashing? Kalau belum cuba, sekarang jugak kena cuba tau! Wajib! Aku dah cuba DASHING BOLD 2.0. Baunya best jugak. Aku suka. Sempat la tanya officemate masa lunch haritu best tak bau DASHING BOLD 2.0 nie? Officemate pun cakap best kot. Then ada jugak member aku yang bila cium minyak wangi nie terus duk kata DASHING BOLD 2.0 ini baunya best & lain dari keluaran sebelumnya. Nie puji lebih-lebih nak kita bagi sebotol minyak wangi Dashing ke? haha.

perfume dashing bold


Meh nak cerita sikit mengenai Dashing Adventurer 2.0 nie. Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.
 
1. DASHING BOLD 2.0
· Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!
 
· Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
 
perfume dashing bold_1
DASHING BOLD 2.0
 
2. DASHING EDGE 2.0
· Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran.
 
dashing edge 2
DASHING EDGE 2.0
 
· Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka.
 
Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden, DASHING ADVENTURER benar-benar memahami kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Walaupun mereka meletakkan kepentingan yang tinggi dalam menarik perhatian orang lain, kemudiannya mengekalkan kesegaran dan keselesaan diri sambil menjalani aktiviti harian mereka juga merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, memaksimumkan kesegaran dan keselesaan, DASHING ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.
 
dashing bold 2
 
Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.
 
Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.
 
dashing pure energy
DASHING PURE ENERGY
 
Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang 'sedia untuk bergerak' dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.
 

Tentang Rangkaian DASHING ADVENTURER


· EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
· EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.
· Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
· Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.
 
Apa tunggu lagi. Sila dapatkan Dashing Adventurer 2.0 pilihan korang sekarang. Edge 2.0 tu best baunya. Aku suka. Yang lain belum cuba lagi. \0/































Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah