Dinner Seafood & King Crab di Manhattan Fish Market, Cyberjaya

Lama dah takde entry pasal makan-makan. Bukan dah tak suka makan, bahkan sekarang ramai betul orang duk tegur makin berisi. Allahu. Dah kena start exercise nie. Semakin hari perut semakin kedepan hmm. Mana taknya tengah-tengah malam pun melantak lagi (haha). So, harini nak cerita pasal makanan la pulak. \0/

 

Weekend lepas aku bawak mak, ayah, akak and anak2 buah dinner di The Manhattan Fish Market, Cyberjaya. Kebetulan mak ayah datang sini dari kampung sebab ada kenduri. Korang kalau tekak rasa nak makan makanan berasaskan seafood especially ikan, aku recommend sila ke The Manhattan Fish Market berdekatan ye. Gerenti korang seafood lovers suka punya. =D

 

Meh nak belanja gambar-gambar makanan yang kitorang makan dekat korang. Sila terliur ye. Aku pun dah terliur balik bila tengok gambar-gambar nie. Lagi-lagi gambar King Crab n Salmon Belly tu. T_T

 

gambar king crab manhattan fish marketKing Crab n Salmon Belly Platter

 

Sekarang ada promotion King Crab n Salmon Belly Platter tau. Make sure korang order 1 set kalau datang makan kat sana okey. Aku order 1 set. Confirmlah tak cukup kan. Nampak je besar king crab nie. But isinya sikit je pun. Kita nim dahlah penggemar ketam.

 

menu di manhattan fish marketChicky Mac n Cheese & Pirates Surf Turf

 

Untuk anak-anah buah, order Chicky Mac n Cheese & Pirates Surf Turf. Berselera betul diorang makan. =D

 

ikan salmon di manhattan fish market Salmon & Mashed

 

Korang penggemar ikan, jangan lupa order Salmon & Mashed.

 

gambar menu di manhattan fish marketOcto-ghetti Attack

 

Octo-ghetti Attack berjaya dihabiskan oleh Si Faiz.

 

gambar makanan di manhattanFish & Chips (Snapper)

 

Dah lesap ikan dalam fish & chips haha. Tak sempat nak snap gambar dulu.

 

gambar chocolate milkshake

 

Berselera betul Fatin makan yer. Anak-anak buah order Chocolate Milkshake sorang 1.

 

dinner bersama family di manhattan

 

Masing-masing dah kenyang nampak gayanya. =D

 

dinner di manhattan fish market cyberjaya

 

As for me, dalam banyak-banyak makanan dekat atas, aku recommend dekat korang untuk try King Crab n Salmon Belly Platter tu. Sebab menu ini susah nak jumpa tau. Hanya di The Manhattan Fish Market. King Crab tu pulak bukan senang nak dapat. Diimport dari luar negara. Kira menu yang rare la. Sebab tu harga pun agak pricey. Tapi kalau korang tong-tong dengan member boleh la dapat rasa sikit sorang kan? =D

 

gambar king crab manhattanTak Terliur ke Weh?

 

Banner bawah ini antara new promotions yang terdapat di The Manhattan Fish Market untuk korang semua.

 

new promotion manhattan king crab 2016

 

Salmon Belly pun just nice. Rangup je.

 

new promotion manhattan 2016

 

Details mengenai promotions di The Manhattan Fish Market, korang boleh terjah social media diorang,

Instagram : @mfmmy
Facebook : MFM.My
Website : www.manhattanfishmarket.com


Thank you so much The Manhattan Fish Market for having us.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah