Percutian ke Bandung, Indonesia-Day 3

Kita sambung entry day 3 di Bandung ye. Punyalah lama nak ada sambungan kan (haha). Jemput baca dulu Day 1 Bandung and Day 2 Bandung. Hari ke-3 di Bandung, aktiviti kitorang ialah free and easy. Aktiviti yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Masa nie lah nak shopping sakan weh! Jom tengok kemana kitorang shopping di Bandung yuk. \0/

 

supir di bandungGeng Shopping Sampai Malam In love

 

Shopping Kain di Pasar Baru, Bandung

 

First stop ialah di Pasar Baru. Macam-macam produk tempatan yang korang boleh jumpa di sini macam kain, makanan, pakaian etc. Harga pun murah-murah je. Boleh tawar-menawar. But kalau korang tak confirm nak beli jangan gatal-gatal mulut nak tawar harga. Kang nanti diorang marah padan muka ekeke.

 

pasar baru bandung

 

 

pasar baru bandung_1

 

Lunch di Parit 9 Seafood

 

After shopping sakan di Pasar Baru, kami lunch di Parit 9 Seafood. Nak makan makanan berasaskan seafood yang sedap? Aku recommend datang la ke sini. =D

 

tempat makan best bandung parit 9

 

 

parit 9 seafood bandung

 

Shopping di Heritage

 

After lunch, kami bergerak pulak ke Heritage. Tak beli apa-apa pun kat sini. Kecil je tempatnya. Pakaian pun takdelah murah and pilihan pun tak banyak. Range harga lebih kurang macam di Malaysia. Ok next! =P

 

heritage bandungThanks Kak Ida & Kak Nab sudi jadi model haha

 

Tempah Jeans di Aria Jeans

 

Kalau nak tempah jeans, korang boleh tempah di Aria Jeans. Jeans boleh siap in 24 hrs inshaAllah. Nak mintak delivery terus ke hotel korang pun boleh. Kitorang tak sempat nak tempah pasal esok flight pagi. Kalau pos ke Malaysia, dia punya postage agak mahal. So, taukey sana tak recommend untuk pos ke Malaysia. So, kalau nak tempah, 1stday dekat sana dah kena tempah ye.

 

aria jeans bandung

 

Shopping & bergambar di Toko Tiga –.-

 

Peminat Levi’s jangan lupa singgah di Toko Tiga. Confirm rambang mata nanti. Harga pakaian dekat sini pun boleh tahan murah juga.

 

gambar toko tiga bandung

 

Dalam Toko Tiga banyak dekorasi yang cantik-cantik. Sambil tunggu yang lain shopping, jom kita beraksi dulu. Hahaha –.-

 

toko tiga bandung

 

Shopping Barangan Kulit di Cibaduyut

 

Then kami bergerak ke Cibaduyut pulak. Jammed gila jalan nak ke Cibaduyut. Waktu puncak orang tengah balik keje. Lama jugak perjalanan ke Cibaduyut nie. For sure memang lebih dari 1 jam lah.

 

jalan sesak di bandung cibaduyut

 

Kalau nak shopping barangan kulit, di sinilah tempatnya. Rambang mata weh. Memang banyak gila pilihan. Dari kasut, tali pinggang, beg, semualah yang berkulit. Mujur bila sampai sini duit pun dah tak berapa banyak. Kalau tak confirm habis juta-juta rupiah nie ekeke.

 

shopping di cibaduyut

 

Cuci Mata di Paris Van Java

 

Last stop kitorang di Paris Van Java. Nak beli barangan berjenama, di Paris Van Java-lah tempatnya.

 

paris van java bandung

 

Ini gambar dalam mall.

 

gambar di paris van java bandung

 

Sogo pun ada kat sana.

 

gambar didalam paris van java mall

 

Sebelum balik hotel, singgah kfc dulu. Tapau and makan dalam bilik. Nak singgah makan kat restoran pun macam banyak yang dah tutup. Around 10.00 malam jugak baru sampai bilik. Seharian shopping weh! –.-

 

Day 4 – Beli Brownies di Kartika Sari (WAJIB!)

 

Sebelum ke airport, sempat singgah di Kartika Sari. Korang kalau ke Bandung, WAJIB tau singgah di Kartika Sari. Yang paling famous dekat sini of course-lah brownies, cookies, bagelen, pisang salai.

 

kartira sari bandung

 

Aku yang 1stime masuk Kartika Sari terpinga-pinga jugak nak beli apa. Yela mana nak tahu apa yang sedap dalam nie kan. Officemate suggest beli brownies sebab katanya sedap. Pastu ada beli pisang salai sikit. Nak tengok apa yang diorang jual, boleh ke website http://store.kartikasari.com/.

 

Special thanks to travel agent kitorang iaitu Asiaone Holidays Sdn Bhd yang telah memudahkan percutian kitorang ke Bandung. And tak lupa juga untuk committee members FAID away day yang telah bekerja keras bagi melancarkan percutian yang best ini. Good job guys! InshaAllah panjang umur tahun depan kita ber-away day lagi. =D

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah