Review Pengguna Handphone Xiaomi Redmi 3

Harini mood nak review gadget la pulak. Nak review handphone Xiaomi Redmi 3 yang dah aku pakai almost 7 bulan camtu. Beli dekat lelong.my je. Kenapa tak beli di Lazada? Sebab aku dah bandingkan harga. Ternyata lelong.my lagi murah. So aku angkat jela satu. Saja la nak beraya dengan handphone baru. Aku beli almost sebulan sebelum raya aidilfitri haritu.

review xiaomi redmi 3

Sebenarnya aku confius dengan nama handphone nie. Ada yang panggil Xiaomi Redmi 3S, Xiaomi Redmi 3 Pro. Rasanya ini handphone yang sama. Correct me if i’m wrong (haha). Aku tak terror pun review gadget. Just nak highlight apa yang best sepanjang aku menggunakan Xiaomi Redmi 3 nie.

Rasanya korang sendiri pun still tak familiar dengan brand Xiaomi ini kan? Xiaomi ini takdelah se-popular Iphone or Samsung. Bila aku cakap dekat member aku pakai Xiaomi, diorang siap cakap “phone apa tu? tak pernah dengar pong” T_T. But in China memang famous jugak la brand nie. Sekarang sedang melebarkan sayapnya ke Malaysia pula.

Battery


Dengan kapasiti bateri 4100 mAh, Xiaomi Redmi 3 mampu bertahan dari pagi sampai malam. Seriously memang sangat puas hati dengan kapasiti bateri dia. Normally sebelum nak tido malam, aku akan charge phone sampai bangun pagi esoknya. Dekat tempat keje, aku on mobile data sepanjang hari & bukak juga wifi. Biasanya line internet dekat office slow gila. But, still boleh bertahan sampai malam kot battery Xiaomi Redmi 3. Memang sangat sesuai la untuk korang yang 24hrs online tu.

Fast Charging


Selain ketahanan bateri, bila charge bateri pulak cepat je penuh. Aku selalu off terus phone bila charge battery. Around 2-3 jam macamtu battery dah full. Kalau korang on mobile data and tak off phone, maybe lambat sikit bateri nak penuh. Senang keje aku. Dah tak payah nak tunggu berejam baru bateri nak penuh.

Kelajuan Internet


Tak perlu nak risau dengan kelajuan internet Xiaomi Redmi 3 tau sebab ada 3G and 4G LTE. Aku kan kaki sosial media Facebook, Instagram, Twitter semualah. Nak blogwalking ke blog korang lagi. Kekadang kalau bosan, karaoke dekat Smule. So far, internet memang takde masalah. Laju je. Lagi-lagi bila pakai Celcom First Gold 4G nie. Asyik layan Youtube je (hoho).

Harga Yang Berpatutan (Around RM500++)


Masa aku beli dulu harga around RM500++. Sekarang maybe dah jatuh kepada RM400++ kot. Tak percaya sila usha di lelong.my. Aku dah buat perbandingan harga and dah compare jugak dengan handphone lain yang berharga sekitar RM500++. Ternyata Xiaomi Redmi 3S nie paling bagus performance-nya. Korang yang bercadang membeli handphone around RM500++, mungkin Xiaomi Redmi 3 ini boleh dipertimbangkan jugak.

3GB RAM + 32GB ROM (128 GB Max Storage Expension)


Dengan 3GB RAM, aku dapat install apps kesukaan aku dengan senang hati. 32GB ROM tu nampak je besar but baru 7 bulan, dah tinggal balance lagi 15GB saje haha. Dah kena transfer gambar-gambar and video kedalam laptop. Apa taknya, sekali buat product review, berpuluh-puluh gambar yang aku snap. Itu tak termasuk gambar bila pergi travel lagi. Tapi jangan risau ye sebab nak pakai microSD pun boleh dimuatkan sehingga 128GB.

Dual SIM (Micro SIM card + Nano SIM card)


Memandangkan aku pakai 2 phone no. which is Celcom & Umobile, so wajib bagi aku menggunakan handphone yang support Dual SIM Dual stanby. Let say korang just guna 1 no., lagi 1 card slot boleh letak microSD jugak.

Camera 13.0 MP Back & 5.00 MP Front


Kalau nak beli phone, kehebatan kamera phone juga penting bagi aku. Sebabnya aku suka ambil gambar and tidak kurang juga suka berselfie. Of course la bila kamera power, gambar-gambar jadi cantik kan? Meh kita tengok antara gambar yang telah aku snap dari Xiaomi Redmi 3 menggunakan back camera (13.0 MP) and front camera (5.0 MP).

Kamera Belakang Xiaomi Redmi 3 (13.0 MP)

Gambar-gambar dibawah no filter and aku tak edit tau. Itu semua gambar original from Xiaomi Redmi 3S. Aku just kecilkan saiz gambar kang berat blog nak loading besar sangat saiz gambar. Ada faham? hehe.

review xiaomi redmi s back kameraNasi Ayam Gulai Kawah, Bangi Getaway

kamera belakang xiaomi redmi 3Dusun Bambu Family Leasure, Bandung

kamera belakang xiaomi redmi 3_1Saung Angklung Udjo Show, Bandung
 
review xiaomi redmi 3 back cameraKLCC Group Annual Dinner & Awards Night 2016
 
kamera belakang xiaomi redmi 3 panoramaTaman Wisata Grafika Cikole, Lembang, Bandung
 
Kamera Depan Xiaomi Redmi 3 (5.0 MP)
 
Ini pula gambar dari kamera depan Xiaomi Redmi 3 Pro.
 
kamera depan xiaomi redmi 3 malamKLCC Group Annual Dinner & Awards Night 2016
 
kamera depan xiaomi redmi 3Jaja, Daniel & Pokjoe Kachak
 
perfume dashing boldReview Produk Dashing Bold
 
 
camera depan xiaomi redmi 3Bergaya dengan Nissan Xtrail Company (haha)

Kualiti gambar bergantung kepada beberapa perkara jugak especially pencahayaan. Kalau pencahayaan cukup, maka cantiklah gambar yang korang snap. Gambar waktu malam tak berapa nak cantik sangat pun. Lagi gambar dari Xiaomi Redmi 3, korang boleh tengok di instagram aku @hafiz_hafizol.

Okey dah habis puji Xiaomi Redmi 3, mari nak bongkar pulak apa yang tak bestnya handphone nie. Biasalah kan, setiap phone ada dia punya pros and cons nya. Thats why la kena survey dulu habis-habisan sebelum membeli. Sebelum nak beli, aku survey 3 hari 2 malam kot haha.

1) Iklan muncul secara tiba-tiba

Kau seronok duk whatsapp sekali keluar iklan suruh install apps mengarut. Sakit hati kan? Sekali tertekan pulak install apps. Itu lagi sakit hati ler. Actually haritu aku dah suruh diorang root dulu Xiaomi Redmi 3 nie so takdelah iklan-iklan bodoh keluar secara tiba-tiba. Maybe diorang lupa nak root. Nak root sendiri boleh cuma aku malas nak google. =P

2) Notification Whatsapp lambat masuk

Ini pun selalu gak terjadi dekat Xiaomi Redmi 3. Contoh, korang off mobile data sebab nak tido 3 jam. Then bila korang on mobile data balik, takde langsung notification from whatsapp masuk. Bukan whatsapp sajelah. Facebook pun. Ko pun pelik la kan kenapa sunyi je whatsapp ko. Sekali ko bukak whatsapp tiba-tiba 5 orang whatsapp ko ha. Itu memang mengundang kemarahan beb! Benda camnie memang selalu sangat terjadi dekat aku. Thats why kalau tinggal phone lama-lama, aku bukak jugak whatsapp maybe notification tak naik. Dah selalu sangat orang marah pasal tak baca whatsapp (haha). Ini semua salah ko Xiaomi Redmi 3 oii. Jangan jilake sangat ye lepas nie. \0/

Main Features Xiaomi Redmi 3


Display: 5.0 inch 1280 x 720 HD screen
CPU: Qualcomm Snapdragon 430 Octa Core 1.4GHz
System: MIUI 8
RAM + ROM: 3GB RAM + 32GB ROM
Max Storage Expansion: 128GB
Camera: Back camera 13.0MP + front camera 5.0MP
Bluetooth: 4.1
Feature: Fingerprint Scanner, GPS, A-GPS
SIM Card: Dual SIM dual standby, one is micro SIM card, the other is nano SIM card
Network: 2G: GSM 900/1800/1900MHz
3G: WCDMA 850/900/1900/2100MHz CDMA 2000 BC0
4G: FDD-LTE 1800/2100/2600MHz
SIM Card Slot: Dual SIM,Dual Standby
SIM Card Type: Micro SIM Card,Nano SIM Card
CPU: Qualcomm Snapdragon 430
Cores: 1.4GHz,Octa Core
GPU: Adreno 505
RAM: 3GB RAM
ROM: 32GB
External Memory: TF card up to 128GB (not included)
Screen size: 5.0 inch
Screen resolution: 1280 x 720 (HD 720)
Camera type: Dual cameras (one front one back) 
Back camera: 13.0MP,with flash light and AF 
Front camera: 5.0MP
Battery Capacity (mAh): 4100mAh

Ada rasa minat nak try handphone Xiaomi Redmi 3/ 3S/ 3 Pro? Boleh dapatkan secara online di lelong.my or Lazada.
Thank you.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah