Dari Buncit Kepada Sixpack-6 Cara Ringkas Untuk Hilangkan Perut Buncit

Biasa tak dengar orang kata buncit atau boroi itu tanda bahagia? Karut. Buncit tu sebenarnya satu musibah. Alasan tu sebenarnya semata mata nak mengelak dari hakikat sebenar. Tapi kadang kita tak perasan pun apa yang menyebabkan perut menjadi buncit. Sedar-sedar, dah tak nampak dah kaki sendiri bila pandang ke bawah.

clip_image001

Kebanyakan buncit ni berlaku pada lelaki, tapi ada juga yang berlaku pada perempuan. Kali ni aku nak kongsikan 6 cara ringkas yang dapat membantu kita untuk menghilangkan perut buncit. Ini bukan aku sorang yang kata, tapi berdasarkan fakta sains tubuh badan juga.
 

Kurangkan Gula

 
Gula yang kita selalu makan terdiri daripada pelbagai jenis komponen seperti glukosa, fruktosa dan lain-lain. Glukosa adalah sumber tenaga pantas. Manakala fruktosa perlu di proses di hati sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Apa yang berlaku apabila fruktosa berlebihan adalah ianya bukan ditukarkan untuk digunakan sebagai tenaga, tetapi akan ditukar menjadi lemak terutamanya di bahagian perut.
Jadi, katakan tidak pada air tin, air botol dan lain-lain air di pasaran.

Banyakkan Makan Protein

Protein adalah sumber tenaga ke tiga selepas glukosa dan lemak. Jika glukosa kurang, badan akan guna lemak dan protein untuk menampung keperluan tenaga. Jadi banyakkan makan protein untuk meningkatkan penggunaan lemak sebagai tenaga.
Protein bukan sahaja membantu menghilangkan perut buncit, malah boleh membantu menguruskan badan secara keseluruhannya.
 

Kurangkan Karbohidrat

Apa beza gula dan karbohidrat? Gula adalah sebahagian dari sumber karbohidrat. Nasi dan roti juga sumber karbohidrat. Sepertimana konsep kurangkan gula, ia terpakai juga untuk sumber karbohidrat yang lain. Kurang karbohidrat menyebabkan penggunaan lemak sebagai sumber tenaga.
 

Banyakkan Makanan Berserat

Makan berserat boleh membantu anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan. Sumber terbaik serat adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
 

Senaman Khas

Senaman adalah resepi terbaik untuk hilangkan perut buncit. Senaman aerobik seperti larian, berjalan dan berenang adalah antara senaman terbaik untuk menghilangkan perut buncit.



Ok. Dah habis. Kini tiba masanya untuk anda bertindak. Secara umumnya, perkara di atas bukan sahaja dapat menghilangkan perut buncit, tetapi dalam masa sama meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
 
Untuk lebih tips-tips kempiskan perut buncit boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com
















Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah