Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah

Nak throwback sikit mengenai pengalaman percutian 3 hari 2 malam kitorang di Pulau Tioman pada awal bulan March yang lepas. Actually, percutian ke Pulau Tioman ini tak berapa nak mendapat sambutan sangat sebab diorang takut dekat sana hujan and laut bergelora. Alang-alang dah book pakej ke Pulau Tioman maka redah jelah hehe.

percutian di PULAU TIOMAN

Menaiki Bas ke Bandar Mersing


Memandangkan semua setuju nak naik bas, maka kami pun naiklah bas dari Bandar Tasik Selatan ke Mersing. Tiket bas sorang RM66 sahaja pergi-balik. Lebih kurang 5 jam perjalanan maka sampailah kami ke Bandar Mersing. Sampai awal pagi. Singgah dulu surau berdekatan. Boleh la solat & rest dulu sebelum bergerak ke Jeti Mersing. Surau lebih kurang 500 meter dari stesen bas. Kecil je suraunya.

surau di jeti mersingSurau yg bumbung merah tu

Bila hari dah siang, kami pun bergerak la ke Jeti Mersing. Around 1km jugak kot dari surau. Sebelum ke jeti, singgah breakfast dekat mamak dulu. Buat alas perut.

bandar mersingBandar Mersing

Kami ke Jeti Mersing berpandukan signboard tepi jalan je. Alhamdulillah tak sesat barat haha.

jeti mersing johor

Agak ramai juga orang di Jeti Mersing and seriously memang agak lama juga kitorang beratur di depan Gate untuk menunggu giliran naik feri ke Pulau Tioman. Almost pukul 11.00am kot baru sampai giliran kitorang. T_T

feri ke pulau tioman

Lebih kurang 40 minit perjalanan, alhamdulillah selamat sampai ke Jeti Kampong Genting, Pulau Tioman. Cuaca pulak just nice. Cerah je cuma ombak dekat sana agak kuat jugak.

kampung genting di pulau tioman_1

Sampai je sana, singgah lunch dulu di dekat Gerai Mak Su. Lapar teruk tadi breakfast roti canai telur je. Makanan di Gerai Mak Su? Boleh la tahan. Harga pun reasonable. Lapar punya pasal memang dah tak kisah pun sedap ke tak. Kan? haha.

lunch di pulau tioman gerai mak su


Menginap di Idaman Beach Holiday, Kampung Genting


Dah settle lunch, terus bergerak ke homestay kitorang di Idaman Beach Holiday. Agak jauh juga dari Jeti Kampung Genting & paling hujung. Sepanjang perjalanan, korang akan jumpa banyak resort & chalet yang cantik-cantik. Siap lalu tepi kubur lagi. Kalau air surut, boleh je short cut lalu tepi pantai. Lagi dekat. Mujur beg kami staff diorang dah hantar dengan motor dekat sana. Kalau tak mau berpeluh ketiak! –.-

idaman beach holiday pulau tioman

Lebih kurang 10 minit perjalanan, sampailah kami di Idaman Beach Holiday, Pulau Tioman. Kenapa pilih Idaman beach Holiday nie? Sebabnya mestilah pakej yang ditawarkan antara yang termurah. Ini kan percutian bajet je, of course lah kena gunakan bajet sebaik-baiknya hehe.

bilik di idaman beach holiday pulau tioman

Ini bilik aku. Betul-betul mengadap laut. Buka pintu terus nampak laut la senang cite. Aku stay sorang je. Not bad la bilik nie dengan harga yang ditawarkan. Bilik aircond, katil boleh 2 orang tido, tilam + bantal tak berapa nak best sangat, ada meja mekap and bilik air yang paip hujan dia tak berapa nak kuat sangat. T_T

Jom kita mandi, solat & rest dulu dalam bilik. Kejap lagi nak keluar pusing-pusing pulau pula hehe.

Sight Seeing Sekitar Kampung Genting


Ini kali pertama aku mai Pulau Tioman. Excited juga la nak sight seeing sepanjang Kampung Genting nie.

gambar lelaki kacak di pulau tioman

Jom kita bersiar-siar sepanjang pantai di Kampung Genting. \0/ 

pemandangan cantik gila di pulau tioman

Kami singgah minum petang di 1 gerai kat Kampung Genting. Berhampiran jeti. Nama gerai tak sure apa. Tapi kedainya macam dalam gambar bawah nie ha.

kedai makan sedap di kampung genting pulau tioman

Nak kata makanan dekat sini sedap sangat tu takdelah. But banyak pilihan makanan untuk minum petang. Layan jela. Memang banyak juga kitorang order antaranya burger, laksa penang, pisang goreng, cucur, and air batu jagung. Dia punya laksa penang not bad jugak.

air jagung sedap di pulau tiomanAir batu jagung

gambar cekodok bilisCucur bawang

Perut dah kenyang, sambung lagi berjalan tepi pantai.

resort cantik di tioman


pemandangan matahari terbenam di pulau tioman yang cantik

Dinner 1st Night di Idaman Beach Holiday


Malamnya, kami disajikan dengan dinner yang agak mengenyangkan. Lauk yang disediakan pun not bad. Ada 3-4 jenis lauk jugak.

makan malam di idaman beach resort tioman
Dinner di Idaman Beach Holiday

Dah settle dinner, lepak kejap dekat bangku tepi pantai sambil layan lagu jiwang haha. Badan dah letih, masuk bilik tidur.
waktu malam di pulau tioman

Breakfast 2nd Day di Idaman Beach Holiday


Esoknya bangun awal sebab ada aktiviti snorkeling. Sebelum snorkeling, haruslah breakfast dulu. Breakfast bihun goreng + nasi goreng + telur mata buat alas perut. Sambal nasi lemak tu seriously sedap!

breakfast di idaman beach holiday tioman

Dah breakfast, jomlah kita snorkeling. =D

snorkeling di pulau tioman

Speedboat dah tunggu depan homestay.

boat snorkeling di pulau tioman

Before snorkeling, make sure pakai sunblock dulu okey!

naik speed boat di pulau tioman

Snorkeling di Pusat Taman Laut Pulau Tioman


Mula-mula, diorang bawak kami snorkeling di Pusat Taman Laut, Pulau Tioman. Boleh snorkeling dekat situ around 1 jam jugak.

bergambar di pusat taman laut pulau tioman

Jangan lupa beli roti nak bagi makan ikan tau. Kalau tak memang takdenya ikan nak berenang dengan kau. Dekat sana pun ada jual roti ikan.

snorkeling di pusat taman laut pulau tioman

Peace yo!
snorkeling di taman laut pulau tioman

To be honest, air di Pusat Taman Laut tidaklah jernih sangat. Nak snorkeling pun tak best sebab tak nampak dengan jelas hidupan laut dekat sana. Inikan pula nak tengok batu karang? Hm. Mungkin timing kitorang datang sana tak kena kot. Datang musim laut still bergelora.

pemandangan di taman laut pulau tioman

Singgah di Kampung Tekek, Pulau Tioman


Dah puas snorkeling di Taman Laut, kami dibawa pula ke Kampung Tekek.

jeti di kampung tekek pulau tioman

Di Kampung Tekek, diorang bawa kami ke duty free shop. Macam kedai runcit la. Nak beli makanan, minuman, barang mandian, semualah ada jual dekat sini. Harga takdelah murah. Mungkin lagi mahai dari tempat kita.

kg tekek di pulau tioman

Sebelum balik dari Kampung Tekek, lunch dulu. Simple saje lunch yang pihak Idaman Beach Holiday sediakan. Masing-masing makan habis licin maybe sebab lapar punya pasal. lagipun lauk dia just nice juga. Sayur + ikan tumis + telur masin dah cukup untuk membuka selera. And diorang kasi air mineral sebotol sorang. =D

lunch hari kedua di idaman beach holiday

Snorkeling di Pulau Renggis



After lunch, kitorang bergerak pulak ke snorkeling point yang terakhir iaitu di Pulau Renggis. Air di sini memang jernih but ombak pula agak kuat. Boleh terumbang-ambing ditengah laut dibuatnya hm.

pulau renggis di pulau tioman

Alang-alang dah sampai, kami pun terjun jugaklah dalam air. Best snorkeling kat sini air jernih boleh nampak dengan jelas ikan-ikan and ada juga terumbu karang. Kitorang snorkeling sambil pegang pelampung takut ombak tolak makin jauh dari bot kang susah pulak. Berenang dahlah tak berapa nak reti sangat. –.-

snorkeling best di pulau renggis tioman

Memang jernih air di Pulau Renggis nie kalau dibandingkan dengan air di Taman Laut tadi. Baru Best sikit nak selfie dengan ikan dalam air kan?=p
Make sure simpan sedikit roti ikan tau baru syok boleh tengok banyak ikan.
gambar cantik snorkeling di pulau renggis

Dah puas snorkeling di Pulau Renggis, kami pun pulanglah ke homestay. Agak sedih sedikit pengalaman snorkeling dekat sini tak se-best snorkeling di Pulau Perhentian & Pulau Redang hehe.
chalet murah di pulau tioman

Petangnya after rest, kami ke kedai makan semalam untuk minum petang. Then sambung berjalan-jalan tepi pantai sampai bergambar dengan sunset.

gambar sunset di tioman

Dinner 2nd Night di Idaman Beach Holiday


Malamnya, kami disajikan dengan bbq ala kadar. Ada ayam bakar, ikan bakar, hotdog & sotong celup tepung. Makan dengan mee goreng. Alhamdulillah kenyang.

bbq dinner di idaman beach holiday tioman

After dinner, main daun terup pulak sambil pekena kopi panas kaw. Pergh.

main daun terup di tioman haha

Breakfast 3rd Day di Idaman Beach Holiday


Hari ke-3 iaitu hari terakhir di Pulau Tioman, kami breakfast nasi lemak kopi o. Dah ter-rindu pulak sambal nasi lemak dia yang sedap tu. T_T

breakfast nasi lemak yang sedap

After breakfast, bergambar dulu sekitar homestay untuk terakhir kalinya sebelum check out. View di Pulau Tioman ini mashaAllah tak dinafikan memang cantik. Sejuk je mata memandang. Agak-agak kalau awak pandang jejaka dalam gambar bawah nie, sejuk mata memandang jugak tak? hahaha =P

pemandangan cantik di pulau tioman

Around pukul 11.00 pagi, kami pun check out dari Idaman Beach Holiday. Nanti akan ada staff diorang yang akan bawa beg korang ke jetty menggunakan kenderaan yang disediakan.

motor angkut beg di pulau tioman

Itu sajelah cerita mengenai pengalaman 3 hari 2 malam kami di Kampung Genting, Pulau Tioman dengan bajet yang murah. Thank you Idaman Beach Holiday for having us. As for me, memandangkan ini percutian budget, aku ok je dengan pakej & penginapan yang disediakan. But kalau korang ada budget lebih, mungkin boleh consider untuk check in di chalet yang lagi best kot.


Actually selain aktiviti air, korang jugak boleh jungle trekking and mandi waterfall kat sini. Memandangkan kami pun takde budget untuk sewa boat ke waterfall, maka berhuhuhu jela masing-masing di Idaman Beach Holiday ini. \0/


Pakej Murah di Idaman Beach Holiday, Pulau Tioman (RM300 SHJ)


Ini pakej yang kami ambil.


Pakej termasuk

  • Tiket feri pergi balik
  • 2x sarapan pagi
  • 1x makan malam
  • 1x bbq dinner
  • 1x makan tengahari
  • 1x trip snorkeling – Renggis Island (snorkeling point 1)
                      • marine park (point 2)
                      • kg tekek (shopping duty free)

Pakej x termasuk

  • Cukai Taman Laut RM5
  • Cukai perbadanan negeri Johor RM5
  • Parking kereta RM15/day (Kami naik bas je so dah tolak bayar parking ler)
A post shared by Apijol (@hafiz_hafizol) on

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Produk Qu Puteh (Dato Seri Vida) Yang Paling Popular