Percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 2)
Harini nak sambung sikit pasal percutian di Ho Chi Minh yang lalu. Jemput baca dulu Part 1 Percutian di Vietnam ye. First day sampai malam terus check in Than Thu Hotel, second day pergi Cu Chi Tunnel & Sungai Mekong, third day dekat saya kitorang melawat bangunan-bangunan bersejarah and tempat menarik sekitar Ho Chi Minh City. Jom tengok gambar-gambar menarik and pengalaman best kitorang dekat sana. \0/
Hari ke-3 dekat sana, keluar je hotel terus beli Kopi Ais yang awek baju kuning bawah nie jual. Memang sedap sangat kopi dia. Korang kalau ternampak dia dekat sana, please beli kopi ais dia memang sedap. Aku yang dah lama gila tak minum kopi nie pun dah terjebak dengan kopi dia weh. Sekarang dah mula rindu pulak nak minum kopi yang dia jual. Hm. –.-
Breakfast di Restoran Hajah Basiroh
Kitorang breakfast + lunch di Restoran Hajah Basiroh depan hotel kitorang je. Disebabkan restoran nie agak famous dekat sana, kitorang pun nak la jugak try kan.
Antara menu yang kitorang order,
Nasi goreng kampung telur mata
Overall, biasa-biasa saje makanan dekat Hajah Basiroh tu. Boleh bagi rate 2/5 je haha maafkan saya Hajah Basiroh kerana terlalu telus. Aku expect dia punya makanan kalau tak sama macam makanan di Malaysia, ala-ala nak sama pun ok dah. Tapi memang out of my expectation la.
Korang kalau datang Ho Chi Minh, try jela dulu makan dekat sini. Dengar cite Restoran ini antara Restoran Halal yang terawal bertapak di Ho Chi Minh. Itu yang sangat popular. Tak salah nak cuba kan. Hehe. Harga makanan pulak average. Takdela mahal sangat and takdelah murah pun.
Notre-Dame Cathedral Basilica
After breakfast + lunch terus, bermulalah perjalanan kami explore tempat tempat menarik sekitar Ho Chi Minh City. Terima kasih dekat peta yang aku jumpa di google sebab banyak juga tolong kami menjejaki tempat-tempat tersebut. Sambil tengok peta, kami berpandukan waze jugak kebetulan one of us ada beli simkad untuk langgan internet. Berguna jugak beli simkad untuk langgan internet kan? =D
Peta Tempat Menarik di Ho Chi Minh (Sumber Google)
Tempat pertama kami check-in ialah di Notre-Dame Cathedral Basilica. Agak ramai orang bergambar di hadapan Notre-Dame ni, so bergambar dari jauh jela.
Central Post Office
Sebelah Notre-Dame terletaknya Central Post Office yang popular di Ho Chi Minh City tu. Kami singgahlah kejap dekat situ nak tengok juga apa yang meriah betul dekat dalam tu kan. Ramai foreigners mai melawat Central Post Office nie. Penduduk tempatan macam takde sangat.
Korang yang nak beli souvenir, boleh juga beli dekat sini. Bermacam souvenir korang boleh jumpa.
District 10 Garden
Penat berjalan, kitorang berehat sekejap di satu taman yang agak cantik juga lah. Actually nak cari Hard Rock Cafe tapi tersesat masuk ke taman pulak. Kalau tengok pada location dekat instagram, taman tu area District 10. Aku tak tahu apa nama taman tu.
Kebetulan dekat situ ada polis, so tanya polis mana Hard Rock Cafe. Rupanya tak jauh dari kawasan tu jugak.
Hard Rock Cafe
Kitorang bergambar sajelah di depan Hard Rock Cafe. Memang takdelah nak masuk dalam. Kecik je Hard Rock Cafe dia. Tiba-tiba jadi peminat Hard Rock Cafe pulak Apijol nie. Padahal koleksi Hard Rock Cafe pun aku takde haha.
Book Store Shop Lot
Berhampiran Hard Rock Cafe, ada lot kedai ala hipstur yang menjual buku. Cantik tempat tu. Ada pokok-pokok besar kiri kanan jalan. Teduh je. Cafe hipstur pun banyak area situ. Tapi kitorang takdelah lepak dalam cafe. Letak kaki lima jela sebab wifi dekat situ laju gila. So bolehlah upload gambar dulu sekeping dua. \0/
Ho Chi Minh City Hall
Then, kitorang bergmbar pula depan Ho Chi Minh City Hall yang tak berapa jauh dari book store tadi.
Sempat la selfie dengan monumen Ho Chi Minh iaitu tokoh bersejarah yang berjuang untuk kemerdekaan Vietnam.
Ben Thanh Market
Dah puas bergambar dekat Ho Chi Minh City Hall, kami singgah kejap di Ben Thanh Market. Hajatnya nak beli hammock. Tapi takde pulak yang berkenan. Ada 1 je yang macam jala tu. Kita nak yang jenis kain punya tu –.-
Di Ben Thanh Market, macam-macam korang boleh beli. Ada souvenir, beg, kasut, baju, kraftangan, kain, tudung semualah. Tapi kitorang tak beli apa-apa pun dekat situ. Tang harga pulak, takdelah murah sangat pun. But kalau korang reti nego, silakan.
Starlight Bridge
Malamnya, kitorang ambik teksi ke Starlight Bridge. Lebih kurang 30 minit perjalanan juga dari Than Thu Hotel.
Jakun sekejap sebab firstime tengok bridge warna-warni berserta pancuran air macam nie haha. Maafkan aku guys.
Dinner di Halal Amin Pho Muslim
After balik dari Starlight Bridge, kitorang dinner di Halal Amin Pho Muslim, juga berhampiran dengan hotel. Sebelum masuk Halal Amin, sempat tapau Kebab Vietnam dulu sebijik. Boleh tahan juga rasa dia.
Malam ini nak rasa pho’ yang orang cakap famous betul di Vietnam. Pho’ tu actually sup je. Cuma ada lah bahan-bahan tambahan yang diorang letak menjadikan pho’ dekat sana sedap.
Alhamdulillah malam nie kitorang telah memilih kedai makan yang tepat. Masing-masing berpuas hati dengan makanan yang di-order. Harga pun lagi murah berbanding harga makanan breakfast pagi tadi. Korang yang teringin nak merasa Pho’ daging, boleh terjah Halal Amin Pho’ Muslim nie. Highly recommend.
Dah settle dinner, jalan-jalan cuci mata dulu tengok orang berniaga tepi jalan berhampiran. Backpacks, baju, tudung semua murah-murah. Kita hold dululah. Esok baru shopping sakan hehe. Nanti next entry aku akan share dengan korang kedai yang kitorang shopping & tempat makan lain pulak ye. Tunggu jela bila ntah aku nak update pulak (haha).
Komentar
Posting Komentar