3 Hari 2 Malam di Meritus Pelangi Beach Resort Langkawi

Ini cerita bulan April lepas tapi baru sekarang nak update. Okay lah kan at least ada juga update terbaru dekat blog setelah hampir 2 bulan blog bersawang weh. Rasanya ini yang paling lama blog bersawang sampaikan aku nak mulakan ayat pun dah lupa(haha). Sementara mood nak update blog tengah baik sekarang nie, marilah kita update laju-laju.


PENGALAMAN DI MERITUS PELANGI LANGKAWI

Check In Meritus Pelangi Beach Resort, Langkawi


14 April 2017 yang lepas, aku join outing Kelab Sukan & Rekreasi company aku. Memandangkan ini 1stime aku join, rasa excited itu of course ada jugak. Lagi-lagi bila officemates aku pun ramai yang join, so marilah ramai-ramai kita bergembira di Langkawi. Tahun ini diorang buat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.

bilik meritus pelangi beach resort


Alhamdulillah proses check-in di Meritus Pelangi berjalan dengan lancar. Cuma agak penat sebab kitorang berjalan dari kaunter pendaftaran ke bilik but jangan risau sebab diorang memang sediakan buggy untuk para pelanggan. Cuma kitorang la terlebih excited sampai tak terfikir pulak ada buggy disediakan. Cantik kot Meritus Pelangi nie, macamana tak excited kan!


bilik air meritus pelangi langkawi


Dapat pulak bilik yang best, buka je pintu belakang ada beranda mengadap tasik. Then ada bathtub. Sesetengah bilik takde bathtub pun. Tapi yang paling best dapat pulak sebilik dengan 2 orang member rapat. Nah, apa lagi kau nak? Rasa macam dah lengkap pulak outing nie. Tunggu join aktiviti diorang je. =D


tasik di meritus pelangi langkawi


Petang tu takde aktiviti lagi. So kitorang bersiar-siar jelah sambil hirup udara segar sekeliling Meritus Pelangi. Nice juga view sekitar resort. Ada 2 swimming pool yang best. Besoknya baru kitorang berkesempatan mandi swimming pool.


kolam mandi di meritus pelangi langkawi


Dinner @ Laman Padi


First night dekat sana, kami ada aktiviti berkumpulan iaitu aktiviti war cry & karaoke di Laman Padi yang terletak bersebelahan je dengan resort kitorang. Masing-masing berjalan kaki jela ke sana. Dinner bbq seafood but seafood-nya tak cukup. So, makan sajelah apa yang ada.


dinner tema bertopeng


Setiap group kena hantar wakil untuk buat war cry & karaoke. Ada 4 group semuanya. Memang happening la malam tu. Bila semua aktiviti dah habis, sesiapa yang nak karaoke, boleh la karaoke sampai lebam. So, tunggu apa lagi. Marilah kita rosakkan lagu orang haha. Berjaya jugak rosakkan lagu Ke Pintu Kasihmu. Nah, aku belanja video karaoke dekat bawah ye. Selamat menonton. #jangankecam 



Dah settle sumbangkan lagu, kitorang pergi tengok live band pulak dekat tepi pantai Meritus Pelangi. Sempat la jugak test suara nyanyi lagu Hanya Aku. Diorang la nie duk push aku suruh nyanyi. Aku kan pantang dicabar haha. Aku kalau nyanyi live macam nie berterabur la key lari, tempo entah kemana. Sebab biasa nyanyi dekat karok je. So, tak boleh la upload video kang buat malu diri sendiri pula T_T


cafe di meritus pelangi langkawi


Kitorang lepak di live band nie sampai diorang habis perform. Itupun macam tak puas lagi haha (We want more! –.-). Masa nie lah dapat lihat siapa ada bakat menari. Ammar menari macam mabuk ketum dah seriously. Kak Dot pun boleh tahan jugak dalam diam kan.


Island Hoping & Treasure Hunt


Besoknya, kitorang ada aktiviti Island Hopping & Treasure Hunt.


speed boat di langkawi


Ini group aku, Lang Putra. Memang sporting habis la semua.

aktiviti di meritus pelangi langkawi


Antara task treasure hunt, kena selfie berkumpulan di setiap check point. Ini gambar ehsan dari phone orang. Aku tak keluarkan pun phone aku. Termasuk kali ini, dah 3rd time aku island hoping di Langkawi. Memang tak pernah mengecewakan pemandangan di sana.

aktiviti di pantai beras basah


Sempat jugak mandi-manda di Pulau Beras Basah sekejap. Dah tak fikir dah panas terik & kulit sunburn. Aku kan jenis tak boleh tengok laut. Padahal swimming bukan reti sangat pun hehe. Ok dah berendam kejap dalam laut jomlah kita gerak. Tak boleh mandi lama-lama kang kena tinggal di bot. \0/


mandi manda di pantai beras basah


Balik dari island hoping, terus rest kat bilik and berendam dalam tub pulak. Kulit muka jangan cakap ah weh. Sunburn terok! Petang sikit after bangun tido kitorang berendam dalam swimming pool pulak. Memang aktiviti hari nie banyak yang berendam je. Di Meritus Pelangi ada 2 swimming pool, dekat tepi pantai and ditengah resort yang agak privacy sikit. Of course la kami mandi dekat pool yang agak privacy tu.

Dinner Glam Rock


2nd night dekat Meritus Pelangi, kami ada malam Dinner Glam Rock. Masing-masing melaram dengan pakaian rock mana tahu dapat jadi King or Queen of the night kan. Hadiah dia memang agak lumayan. Percutian ke Jakarta! Aku pakai je apa yang ada. Takpelah tak rock sangat pun sebab target utama aku dekat sana ialah makanan and cabutan bertuah je haha. But takde rezeki dapat cabutan bertuah. Kita cuba lagi next year lah jawabnya. Malam tu jugak ada persembahan artis iaitu Kaka and persembahan berkumpulan. Tapi aku tak join la sebab memang dah tahu takde bakat jadi pelakon =D


annual dinner tema glam rock


Sebelum dinner habis, marilah kita bergambar sakan. Bukan senang nak tengok masing-masing pakai segak2 nie kan. Setahun sekali je itu pun masa pergi dinner company. –.-


dinner tema glam rock


Itu sajelah cerita sepanjang 3 hari 2 malam di Meritus Pelangi Beach Resort Langkawi yang dapat aku kongsikan dengan korang semua. Banyak sangat kenangan  manis yang telah tercipta di sana (dah kenapa macam ayat novel cinta nie haha).


Special thanks buat Meritus Pelangi Beach Resort for having us. Thank you jugak buat KSRPJH for this enjoyable & memorable yearly outing. Semoga segala kekurangan sepanjang outing kali ini, sama-sama kita perbetulkan untuk tahun-tahun hadapan. InshaAllah. And all the best jugak buat legasi baru KSRPJH. =D

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah