Resepi Tomyam Mudah & Sedap

Apa mimpi aku harini buat entry resipi pulak dah. Yela masak pun setahun sekali haruslah mengabadikan apa yang aku masak di dalam blog. Actually nie tahun lepas punya cerita. Kebetulan scroll balik gallery phone terjumpa gambar aku masak. Masak tomyam yang simple je pun. Itu pun aku google dulu cara nak masak tomyam. Siap handphone letak tepi sambil masak kahkah.


Korang yang tak reti masak tomyam, boleh la cuba resepi masak tomyam yang mudah & sedap dari aku nie. Apa dia? Semua dah power masak tomyam? Kalau macamtu entry nie aku buat sebagai sumber rujukan aku jela mana tahu tahun depan teringin nak masak tomyam lagi, boleh la rujuk dekat blog sendiri. \0/


Bahan yang diperlukan


Simple je bahan yang diperlukan untuk membuat tomyam nie. Fyi, tomyam merupakan antara lauk kegemaran aku. Kalau mak nak masak tomyam, selalu gak mak mintak aku belikan bahannya. So, aku macam dah hafal bahan apa yang nak diletak dalam tomyam cuma tak reti nak buat je. hm. =P


cara membuat tomyam yang mudah

Antara bahan untuk membuat tomyam,

  • Rempah Tomyam (mak aku suka betul guna perencah tomyam adabi, thats why aku pun guna rempah nie)
  • 1 biji bawang besar (Nak letak lebih pun takpe. Aku tak gemar sangat bawang besar)
  • 3 ulas Bawang Putih
  • Sayur tomato, Carrot, cendawan, bunga kubis atau sayur apa jela yang korang nak letak mengikut kesesuaian. Jangan letak kacang bendi pulak ye. Tak pernah dibuat orang.
  • Ayam segar dipotong kecil
  • Air secukupnya
  • Garam & serbuk perasa
  • 5 biji cili padi dipenyet supaya aura pedas dia keluar (nak lagi pedas letak jela 10 biji terus)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 pucuk serai (penyet sikit kasi keluar bau dia)
  • Lengkuas sebesar ibu jari 

Cara-Cara menyediakan Tomyam

1) Panaskan sedikit minyak.
2) Masukkan bawang besar & bawang putih yang dah dipotong. Tumiskan sehingga bawang layu.
3) Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil tadi.
4) Masukkan air secukupnya.
5) Masukkan sayur yang lambat empuk dulu diikuti sayur yang paling cepat empuk. Masukkan juga lengkuas, serai, daun limau purut, cili padi)
6) Jangan lupa masukkan rempah tomyam pulak ye hehe. Paling penting nie.
8) Biarkan mendidih. Rasa dulu. Kalau rasa belum okay, sila tambah perisa garam ke apa sajalah yang patut. Kalau dah okey boleh tutup api and hidangkan. siap!


cara mudah buat tomyam campak je


Itu sajalah resepi tomyam mudah & sedap versi Apijol. Confirm ke sedap? Hehe sedap jugak weh. Dah kenyang makan dengan nasi, aku makan dengan bihun pulak. Jadilah bihun tomyam. Actually kan, dibelakang plastik rempah tomyam tu pun dah ada je resipi nak masak tomyam. Cuma ikut sedap tekak korang jela nak letak sayur apa and banyak mana. Kalau ada sotong or udang lagi mabeles. \0/

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #1

LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2016 #2

Pengalaman Bercuti 3H2M di Pulau Tioman dengan Pakej Murah