Dari Buncit Kepada Sixpack-6 Cara Ringkas Untuk Hilangkan Perut Buncit
Biasa tak dengar orang kata buncit atau boroi itu tanda bahagia? Karut. Buncit tu sebenarnya satu musibah. Alasan tu sebenarnya semata mata nak mengelak dari hakikat sebenar. Tapi kadang kita tak perasan pun apa yang menyebabkan perut menjadi buncit. Sedar-sedar, dah tak nampak dah kaki sendiri bila pandang ke bawah. Kebanyakan buncit ni berlaku pada lelaki, tapi ada juga yang berlaku pada perempuan. Kali ni aku nak kongsikan 6 cara ringkas yang dapat membantu kita untuk menghilangkan perut buncit . Ini bukan aku sorang yang kata, tapi berdasarkan fakta sains tubuh badan juga. Kurangkan Gula Gula yang kita selalu makan terdiri daripada pelbagai jenis komponen seperti glukosa, fruktosa dan lain-lain. Glukosa adalah sumber tenaga pantas. Manakala fruktosa perlu di proses di hati sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Apa yang berlaku apabila fruktosa berlebihan adalah ianya bukan ditukarkan untuk digunakan sebagai tenaga, tetapi akan ditukar menjadi lemak terutamanya di...