Postingan

Steamboat Murah di Cyberjaya-Steamboat Empire

Gambar
Dah lama tak update pasal makan-makan kan? Actually banyak je tempat makan best yang aku terjah but since sekarang masing-masing ber-ig je, aku pun turut sama post kat ig jela. Jangan lupa follow @hafiz_hafizol okay. Sempat lagi promote hehe. Haritu teringin nak makan steamboat yang murah & sedap area Cyberjaya. Then try la search dekat Google, terjumpa Steamboat Empire nie. Kebanyakan review cakap dekat sana steamboat murah & sedap. Harga sekitar Rm26.00/head. Gila tak murah lagi ke macam tu harganya. Lokasi Steamboat Empire di Gem In Mall, Cyberjaya. Dekat sajelah dari Putrajaya around 5km sahaja. So jomlah kita terjah! Nampaknya dah naik harga ye menjadi RM 32.90. Cepat betul harga naik nie. Rasanya review yang aku baca di Google tu baru tahun lepas je pun. Alang-alang dah sampai depan kedai jomlah kita masuk kedalam terus.=D Masa kitorang sampai customer tak ramai pun. Takdelah berebut nak ambil makanan kan. Nak snap gambar pun tak malu-malu. =.= Di Steamboat Empire ada sa...

Produk Axilas Antiperspirant Untuk Masalah Ketiak

Gambar
Ada tak dalam kalangan korang yang mengalami masalah bau badan terutamanya bau ketiak? Malu nak mengaku kan? (haha). To be honest, aku pun kekadang ada juga tidak selesa dengan bau badan sendiri. Terutamanya bila badan berpeluh of course ada bau yang kurang sedap kan. Korang dah cuba menggunakan produk di pasaran tapi still tak berkesan. Apa kata korang cuba pula produk Axilas Antiperspirant. Korang mesti tak pernah dengar kan mengenai produk ini? Untuk pengetahuan korang, syarikat Glamohealth telah melancarkan produk baru yang dicipta khas untuk pengguna yang mempunyai masalah “ketiak” iaitulah produk Axilas Antiperspirant . Ketiak atau lebih sopan dipanggil bahagian bawah lengan adalah kawasan yang sensitif kerana ketiak adalah salah satu tempat yang menghasilkan bau badan. Oleh itu, produk ini dirumus khas untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah ketiak seperti, ketiak berbau, ketiak berair/berpeluh, ketiak hitam dan lain-lain lagi. =D AXILAS ANTIPERSPIRANT Axilas adalah produ...

3 Hari 2 Malam di Meritus Pelangi Beach Resort Langkawi

Gambar
Ini cerita bulan April lepas tapi baru sekarang nak update. Okay lah kan at least ada juga update terbaru dekat blog setelah hampir 2 bulan blog bersawang weh. Rasanya ini yang paling lama blog bersawang sampaikan aku nak mulakan ayat pun dah lupa(haha). Sementara mood nak update blog tengah baik sekarang nie, marilah kita update laju-laju. Check In Meritus Pelangi Beach Resort, Langkawi 14 April 2017 yang lepas, aku join outing Kelab Sukan & Rekreasi company aku. Memandangkan ini 1stime aku join, rasa excited itu of course ada jugak. Lagi-lagi bila officemates aku pun ramai yang join, so marilah ramai-ramai kita bergembira di Langkawi. Tahun ini diorang buat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi . Alhamdulillah proses check-in di Meritus Pelangi berjalan dengan lancar. Cuma agak penat sebab kitorang berjalan dari kaunter pendaftaran ke bilik but jangan risau sebab diorang memang sediakan buggy untuk para pelanggan. Cuma kitorang la terlebih excited sampai tak terfiki...

Domino's Pizza Raikan Ramadan Penuh Bermakna

Gambar
Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam berpuasa, memperbanyakkan ibadah dan juga amal jariah. Bulan mulia ini sentiasa disambut dengan pelbagai cara yang istimewa. Menyemai azam untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat setempat sempena bulan yang mulia ini, Domino’s Pizza mengambil berkat untuk melancarkan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.   Dalam satu majlis Berbuka Puasa yang diadakan, Domino’s Pizza telah mengumumkan usaha sama unik bersama warga media. Sebanyak 20 rumah amal yang dipilih oleh rakan media akan menerima sajian lazat daripada Domino’s Pizza sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Antaranya termasuk rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim di Lembah Klang dan juga di Pantai Timur. Dengan matlamat utama untuk berkongsi keceriaan dan memupuk silaturrahim sepanjang tempoh perayaan, Domino’s Pizza dan pekerja-pekerjanya akan melakukan sesuatu yang memang menjadi kepakarannya, iaitu menghidangkan piza yang panas dan laza...

Pengalaman di Mad Warrior Madness 2017 di Cyberjaya

Gambar
Harini nak share dengan korang pasal pengalaman kitorang join Mad Warrior dekat Prima Avenue Cyberjaya. Ini 9hb April lepas punya cerita tapi baru sekarang rasa nak buat entry sebab kebetulan ternampak iklan dekat page Mad Warrior. Iklan pasal Sundown Super Sprint anjuran Mad Warrior yang bakal diadakan pada 12th August 2017 nanti.     Kitorang dapat harga RM85/person je instead of RM98 rasanya sebab guna voucher yang blogger promote dekat entry diorang. Bagi akulah yang baru nak berjinak-jinak dengan event macam nie, 8 km dengan 40 obstacles (halangan) bukan sesuatu yang mudah. Stamina pulak tak berapa nak kuat sangat. Memandangkan dah register semua, so kita redah & bertawakal sajelah semoga semuanya berjalan dengan lancar.    So, here we go! Nah, ko tengok la betapa steady-nya kitorang. Siap boleh main rambut cover macho lagi tu bila nampak kamera haha. Gambar-gambar bawah nie aku ambil dekat Facebook Mad Warrior . Phone kitorang tak bawak pun tinggal...

Percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 2)

Gambar
Harini nak sambung sikit pasal percutian di Ho Chi Minh yang lalu. Jemput baca dulu Part 1 Percutian di Vietnam ye. First day sampai malam terus check in Than Thu Hotel, second day pergi Cu Chi Tunnel & Sungai Mekong, third day dekat saya kitorang melawat bangunan-bangunan bersejarah and tempat menarik sekitar Ho Chi Minh City. Jom tengok gambar-gambar menarik and pengalaman best kitorang dekat sana. \0/     Hari ke-3 dekat sana, keluar je hotel terus beli Kopi Ais yang awek baju kuning bawah nie jual. Memang sedap sangat kopi dia. Korang kalau ternampak dia dekat sana, please beli kopi ais dia memang sedap. Aku yang dah lama gila tak minum kopi nie pun dah terjebak dengan kopi dia weh. Sekarang dah mula rindu pulak nak minum kopi yang dia jual. Hm. –.-     Breakfast di Restoran Hajah Basiroh   Kitorang breakfast + lunch di Restoran Hajah Basiroh depan hotel kitorang je. Disebabkan restoran nie agak famous dekat sana, kitorang pun nak la jugak try...